Wanita berniqab belanja buah dada semata-mata nak kumpul gift di TikTok, ‘top fan’ semua suami orang

Wanita berniqab belanja buah dada semata-mata nak kumpul gift di TikTok, ‘top fan’ semua suami orang

 

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu berselindung disebalik niqab ‘menjual dirinya’ menerusi sesi siaran langsung aplikasi TikTok sehingga menjadi bualan ramai.

Video tular dimuat naik di platform Twitter oleh pengguna dikenali @IbuPeri__ mendedahkan individu berkenaan tergamak menggunakan niqab dengan melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut dan boleh mencemarkan agama Islam.

Bagi ‘gift’ TikTok kalau nak tengok…

Menerusi hantaran tular, wanita terbabit difahamkan menawarkan ‘sesuatu’ sebagai pulangan lumayan kepada mereka yang banyak memberi ‘gift’ kepadanya terutama Top Fan.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah, hampir pengikut bertuah merupakan suami orang dan pada akhir video, individu berkenaan tidak segan silu menunjukkan payudaranya meskipun ditutup dengan kain jarang.

“Yang bagi gift ni mesti sangap nak tengok ttek,” tulis pengguna tersebut.

Tak senonoh, memalukan agama dan cemarkan pakaian

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyelar perbuatan lampau individu terbabit kerana telah pun menjatuhkan maruah sebagai seorang muslimah, lebih-lebih lagi menunjukkan ‘payudara’ kepada khayalak ramai.

Sementara itu, menjengah ke akaun TikTok milik individu terbabit, ia jelas menunjukkan kebanyakan pengikut terdiri daripada lelaki yang sudah pun bergelar suami orang dan mungkin bapa budak.