Wanita berpurdah selamba cop parking, bila ditegur terus call ‘tuan’ acah-acah ada geng polis

Wanita berpurdah selamba cop parking, bila ditegur terus call ‘tuan’ acah-acah ada geng polis

 

MESKIPUN Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan undang-undang berkaitan ‘cop parking’, namun masih ramai yang degil dan selamba melakukan kesalahan itu di lokasi tumpuan ramai.

Terbaharu, aksi seorang wanita berniqab yang sedang berdiri sambil menunggu di petak parkir kosong di perkarangan Hospital Kajang, Selangor dikongsi menerusi laman Facebook.

Menerusi video berkenaan, kedengaran suara seorang lelaki sedang mempertikaikan tindakan wanita berkenaan sambil membuat rakaman video dari keretanya.

“Aa kat hospital ni. Kak, parking kereta ke parking orang ni kak?” tegur lelaki itu.

pariking2

Wanita itu turut menghubungi seorang individu apabila perbuatannya dirakam oleh seorang pemandu lelaki.

Sambil meneruskan rakaman video, pemandu lelaki itu turut mempertikaikan pemakaian wanita berkenaan yang dianggap tidak selari dengan akhlaknya.

“Parking kereta ke parking orang ni kak? Purdah cantik dah, perangai tak cantik. Kak parking kereta ke parking orang ni?” tegur lelaki itu lagi.

Kemudian, wanita itu turut berpaling sambil bertanya ‘kenapa ni?’ sebelum dia membuat panggilan telefon kepada seorang individu.

“Hello tuan. Hello. Ha ni, datang sini kejap, parking kat hospital kat Kajang ni. Okay,” ujar wanita itu sebelum mematikan panggilan telefon.

Ni lah satu sikap manusia. Pentingkan diri. Parking kereta dia berdiri tercongok kat sini, parking orang.

PEMANDU KERETA

Pemandu lelaki itu tetap tidak jemu menegur wanita berkenaan sambil menunggu untuk melihat kereta yang akan diparkir di ruangan kosong itu.

“Datang? Ni la satu sikap manusia. Pentingkan diri. Parking kereta dia berdiri tercongok kat sini, parking orang.

“Ada lagi, jap lagi update gambar kereta dia pula. Ha buka purdah dulu, Hospital Kajang, kejap lagi nak update nombor kereta pula. Kasi viral satu kali,” ujar lelaki itu lagi.

Di ruangan komen, pelayar Facebook turut menegur sikap wanita itu kerana tindakan berkenaan sememangnya salah di sisi undang-undang.

Malah, netizen turut berjenaka tentang tindakan wanita itu menghubungi seorang individu digelar ‘tuan’ yang mana ia dianggap sebagai lakonan semata-mata.

“Pakaian, akal dan perangai tak selari. Aku banyak jumpa golongan macam ni.

“Macam dalam filem cara dia angkat telefon. Tak payah dail ke apa, pakai letak kat telinga terus connect pada orang dia nak call.

“Dan dan angkat telefon hello tuan. Acah-acah ada geng pegawai,” tulis netizen berseloroh.

1690100

Budaya cop parking terus berleluasa biarpun ia salah di sisi undang-undang.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah di sisi undang-undang dan kita semua tidak wajar melakukannya.

Untuk rekod, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.