Wanita bertapa dalam gua 500 hari, tak jumpa manusia & matahari

Wanita bertapa dalam gua 500 hari, tak jumpa manusia & matahari

Kisah terperangkap di dalam gua sering menjadi kisah seram bagi kebanyakkan orang. Namun, lain ceritanya untuk seorang wanita Sepanyol ini.

Screenshot 2023 05 28 At 1.10.33 Pm

Beatrice Flamini, seorang pendaki gunung dan pengembara yang berpengalaman telah menghabiskan 500 hari di dalam sebuah gua bawah tanah tanpa hubungan dengan manusia luar dan tanpa sinaran cahaya matahari.

Flamini masuk ke dalam gua itu ketika berusia 48 tahun, dan keluar pada usia 50 tahun.

Screenshot 2023 05 28 At 1.10.41 Pm

Memetik laporan Futurism, apabila beliau akhirnya muncul semula pada minggu lepas, perkara pertama yang Flamini tanya ialah ‘siapa yang akan membeli bir?’.

Beliau juga berkongsi pengalamannya tinggal di dalam gua sebagai pengalaman yang tiada tandingannya.

Ketika ditemu bual oleh sumber, Flamini berkata beliau merasakan tidak mahu keluar dari gua yang menjadi tempat tinggalnya selama 2 tahun itu.

Ditanya bagaimana beliau kekal waras sepanjang pertapaannya itu, Flamini menjawab yang beliau mempunyai hubungan yang baik dengan diri sendiri.

Screenshot 2023 05 28 At 1.10.54 Pm

Flamini berkata beliau membaca kira-kira 60 buah buku semasa dia berada di bawah tanah. Selain membaca, beliau juga menghabiskan masa dengan menulis, melukis, mengait dan mendokumentasikan pengalamannya dengan dua buah kamera GoPro.

Walaupun Flamini sebahagian besarnya ditinggalkan bersendirian, beliau dipantau oleh sekumpulan saintis yang turut meninggalkan makanan kepada beliau tanpa berhubung secara langsung.

Flamini nekad untuk mengehadkan perhubungan dengan dunia luar pada tahap minimum. Beliau juga menegaskan kepada rakan saintis yang memantaunya untuk tidak memberitahunya tentang kematian orang yang disayangi sekiranya berlaku kejadian tersebut.

Screenshot 2023 05 28 At 1.11.29 Pm

Sepanjang berada di dalam gua itu, Flamini menganggarkan beliau berada di sana selama kira-kira 170 hari sahaja. Beliau mula hilangan jejak masa kira-kira dua bulan selepas masuk ke dalam gua.