Wanita bibir terbesar dunia luah rasa sedih sukar cari pasangan hidup

Wanita bibir terbesar dunia luah rasa sedih sukar cari pasangan hidup

 

Seorang wanita yang memilik bibir terbesar di dunia mengakui sukar untuk dirinya mencari cinta sejati sehingga sanggup menyertai rancangan realiti dalam mencari pasangan.

Menurut Indian Times, wanita yang dikenali sebagai Andrea Emilova Ivanova dari Sofia, Bulgaria itu difahamkan telah berbelanja £20,000 (RM109,622) untuk menjalani 43 pembedahan bibir.

Selain itu, Andrea turut mendakwa dia sudah berbelanja sebanyak £1,600 (RM8,770) untuk mendapatkan empat suntikan asid hyaluronic di tulang pipinya.

Tak suka penampilan yang bosan dan biasa-biasa

Andrea berkata dia seorang wanita yang tidak suka akan penampilan yang membosankan dan terlalu biasa selain mempunyai minat terhadap bentuk yang besar dan kecantikan yang pelik, lapor DailyMail.

“Kecantikan semula jadi membosankan, jadi saya mengubah penampilan saya secara radikal.  Saya nak tengok diri saya dengan perubahan drastik sebelum dan selepas.

“Banyak lagi perubahan yang saya akan lakukan kerana saya belum selesai mengubah diri saya,” kata Andrea.

Ramai pengikut di media sosial hubunginya untuk mengajak keluar

Selain itu, dia juga berasa ‘hebat’ apabila ramai pengikut lelaki di media sosial telah menghubunginya untuk mengajaknya keluar atau menawarkan wang dan percutian ke pelbagai negara.

“Ia membuatkan saya rasa gembira kerana ada orang yang menyukai saya dan mahu berteman dan perhatian saya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, kebanyakan lelaki tersebut hanya meminati dirinya kerana bibirnya yang besar sahaja.

Masih ada lelaki yang tidak suka, sifatkan dia sebagai pelik dan gila

Andrea turut mengakui bahawa segelintir lelaki juga tidak menyukai dirinya dan menyifatkan dia sebagai pelik dan gila hingga sukar mencari cinta sejati dalam hidupnya.

Dia berasa sangat gembira sekiranya bertemu pasangan hidup meskipun tidak mengetahui bila dia akan temuinya, kata Andrea lagi.

Sertai rancangan realiti TV untuk cari pasangan

Andrea yang mengambil langkah untuk menyertai satu rancangan realiti TV, The Bachelor telah bersedia untuk menangung risiko bagi menemui lelaki impiannya meskipun tidak meletakkan jangkaan yang besar.

“Saya tidak pasti sama ada dia menyukai lelaki seperti saya dengan ‘kecantikan buatan’, tidak mengapa jika ‘The Bachelor’ lebih suka wanita yang cantik semula jadi,” ujarnya.