Wanita buntu suami enggan kerjasama ke JPN, anak lahir secara sah mungkin terpaksa dibinkan nasab Abdullah

Wanita buntu suami enggan kerjasama ke JPN, anak lahir secara sah mungkin terpaksa dibinkan nasab Abdullah

 

Nampaknya dugaan yang dihadapi wanita bernama Cik Pia masih belum habis.

Sebelum ini dia pernah dedahkan suaminya enggan datang mengazankan bayi mereka yang baru lahir.

Sewaktu itu, hanya keluarganya sahaja setia menemani dan bantu menguruskan segala proses selepas bersalin.

Anak lahir tanpa diazankan, tanpa kasih sayang bapa, sekarang tanpa nama bapa

Tidak cukup difitnah dan aibnya dijaja oleh suami, Cik Pia berkongsi sebuah lagi berita sedih iaitu mengenai kesukaran pendaftaran MyKid bayinya, Arumi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kini dia sedang buntu kerana lelaki terbabit dikatakan enggan memberi kerjasama.

Menurut sumber yang dirujuk, katanya si ayah atau kad pengenalan asli miliknya perlu dibawa ke sana untuk pendaftaran sah.

@norsufiajohari

sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Apa Sebenarnya – ◦•●◉✿💞𝐑𝐄𝐄𝐙💞✿◉●•◦

Suami Enggan Kerjasama Ke JPN, Wanita Sedih Bayi Perlu Dibinkan Nasab Abdullah

Takut besar nanti dia tanya kenapa nama abang ada bin

Jika gagal berbuat demikian, pendaftaran akan jadi semakin sukar termasuklah kebarangkalian Baby Arumi terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah atau 99 nama Allah.

Hati ibu mana tidak gundah mengenangkan anak yang lahir secara sah ini mungkin akan bertanya satu hari nanti mengapa namanya berbinkan nama lain.

Suami Enggan Kerjasama Ke JPN, Wanita Sedih Bayi Perlu Dibinkan Nasab Abdullah

@norsufiajohari

Alhamdulillah kami baik2 saje..terima kasih tanpa henti mendoakan kami..hanya Allah yg mampu membalas kebaikan korg semua.#hello2023 #fyp #tiktoker #fypp #tiktok #fypage #fypシ゚viral #fypシ #trending #baby2023

♬ Buah Hati – Armada

Benci macam mana pun, settle la benda yang kita dah buat

Menerusi ruangan komen, ramai netizen tumpang sedih mengikuti luahan itu. Namun mereka terus mendoakan agar urusan Cik Pia dipermudahkan nanti.

Suami Enggan Kerjasama Ke JPN, Wanita Sedih Bayi Perlu Dibinkan Nasab Abdullah

 

Sebenci mana pun kepada pasangan saat sudah tidak bersama, netizen tegaskan segala urusan penting atau rasmi sebegini haruslah diselesaikan secara baik. Apalagi ia melibatkan masa depan anak.

Suami Enggan Kerjasama Ke JPN, Wanita Sedih Bayi Perlu Dibinkan Nasab Abdullah

 

Siapa sangka, rupanya ada para isteri yang pernah alami benda sama. Lebih menguji ketabahan, anak yang melalui situasi itu adalah berjantina perempuan.

Suami Enggan Kerjasama Ke JPN, Wanita Sedih Bayi Perlu Dibinkan Nasab Abdullah