Wanita cabul, perkosa 17 orang kanak-kanak lelaki & perempuan

Wanita cabul, perkosa 17 orang kanak-kanak lelaki & perempuan

 

Negara tetangga Indonesia, khususnya di daerah Jambi dikejutkan dengan sebuah berita yang sangat ‘luar biasa’.

Hal ini lantaran terbongkarnya perbuatan keji seorang wanita berusia 20 mencabul serta memperkosa sehingga 17 kanak kanak dalam kalangan lelaki dan perempuan.

Wanita yang dikenali sebagai Yunita itu malah merupakan seorang isteri dan ibu kepada satu orang anak yang baru berusia 10 bulan.

Yunita Sari Anggraini (20 tahun).

Menurut laporan media tempatan, Yunita telah melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada enam kanak kanak perempuan dan 11 lelaki yang berusia dari 8 hingga 15 tahun.

Dia melakukan aksi biadab itu dengan cara memaksa mereka yang juga merupakan pelanggan yang bermain permainan video PlayStation di rumahnya di Kelurahan Rawasari, Kota Jambi.

“Salah satu cara yang digunakan adalah dengan memberi tambahan waktu main video game. Saat ada anak-anak main video game, dia panggil satu per satu untuk masuk ke kamarnya. Kebanyakan pada siang hari,” dedah wakil pihak berkuasa, Andri.

Menurut Andri Yunita kemudian akan meminta mangsa menyentuh payudara, memaksa melihat aktiviti seksual dia bersama suaminya melalui celah jendela, serta diminta untuk menonton filem porno.

Dia kemudian bukan hanya mencabul, tapi ada mangsanya diperkosa oleh wanita tersebut. Tindakan itu mengakibatkan mangsa mangsanya berada dalam keadaan trauma dan berasa berdosa.

Suami Yunita dikatakan sama sekali tidak mengetahui tindakan terkutuk yang telah dilakukan isterinya selama ini.

Suami wanita ini juga mengaku, dia sering diugut jika tidak memenuhi permintaan melakukan hubungan seks sebagai pasangan sudah berkahwin.

“Yunita kerap mengancam akan membunuh anak mereka yang masih berusia 10 bulan, jika tidak dilayani sang suami.

“Apabila si suami tidak boleh melayaninya di ranjang, suspek atau istri ini sering berkata akan mencincang, membunuh anaknya, dan sebagainya,” kata Andri lagi.

Andri juga memberitahu polis akan bekerjasama dengan pihak dari jabatan kesihatan gangguan mental untuk memastikan adakah wanita itu memiliki masalah kejiwaan.

Sementara itu, jiran jiran juga terkejut dengan kejadian yang berlaku. Mereka menyifatkan Yunita sebagai seorang ibu rumah tangga yang jarang bergaul dan kerap menggunakan pakaian tertutup saat keluar rumah.