Wanita dakwa ada ‘penghuni lain’ dalam rumah lepas tengok kacang hijau jadi macam ni

Wanita dakwa ada ‘penghuni lain’ dalam rumah lepas tengok kacang hijau jadi macam ni

 

Sesetengah rumah ada kalanya mempunyai ‘penghuni lain’ yang kita tidak nampak, pasti ia akan membuatkan penghuni rasa tidak tenteram kerana gangguan daripada makhluk halus ini ada kalanya boleh mengancam keharmonian mereka yang tinggal di rumah tersebut.

Seperti dalam satu perkongsian tular di TikTok ini, wanita yang dikenali sebagai Aslinda Wati mengalami gangguan pelik di dalam rumahnya sendiri sejak kebelakangan ini.

Rumah diganggu makhluk halus?

Pada awalnya, dia dan suami sudah mula merasakan sesuatu yang kurang menyenangkan di rumah mereka tetapi mereka cuba abaikan kerana mungkin hanya perasaan sendiri.

Namun setelah dia mendapatkan petua daripada seorang pengasas Pusat Rawatan Islam, Ustaz Ariffin Ayob, dia taburkan kacang hijau di setiap penjuru bilik dan ruang tamu.

Screenshot 2023 07 06 132101Screenshot 2023 07 06 132121

Selepas taburan biji kacang hijau itu dibuat, mereka menutup lampu dan membiarkannya selama satu jam, tanpa diduga, selepas habis waktu itu mereka melihat satu perkara yang membuatkan mereka gerun.

Kacang yang diletak secara berselerak itu berubah menjadi satu longgokkan dan dari situ jelas menunjukkan petanda yang ada ‘penghuni lain’ di rumah mereka.

Screenshot 2023 07 06 132507

Selepas itu, suami pemilik video telah azankan rumah dan tabur garam kasar bersama biji kacang hijau tadi. Pada saat itu, meraka rasa sangat seram ketika berada di bilik sendiri.

Disebabkan perkara ini, ia membuatkan Aslinda tertanya-tanya sama ada keguguran yang dialaminya sebelum ini mempunyai kaitan dengan perkara ini atau tidak. Wallahualam….

Boleh tengok video penuh di sini.

Dalam masa 2 hari dimuat naik, video ini telah meraih lebih 2 juta tontonan, ada netizen juga berkongsi pernah alami perkara yang lebih kurang sama.

Hurm, min yang tengok dari jauh pun min dah rasa seram, mudah-mudahan pasangan ini terhindar daripada sebarang gangguan.