Wanita dakwa diugut bekas suami, disuruh jual maruah RM1000 sejam di Instagram

Wanita dakwa diugut bekas suami, disuruh jual maruah RM1000 sejam di Instagram

 

Saat melangkah ke alam perkahwinan, kita mengimpikan pasangan yang mampu buat kita bahagia.

Sentiasa dalam keadaan susah dan senang bersamanya, mengharungi alam rumahtangga yang badainya adakalanya menghempas kuat. Tapi tidak semua merasakan bahagia itu kerana adakalanya suami yang sifatnya adalah pelindung bertukar menjadi setan dalam rumahtangga.

Pendedahan seorang wanita, dikenali sebagai Sofeaadelya di fb dan instagramnya mengenai “ugutan” dari bekas suami dan mukanya yang bengkak di pukul harus menjadi pengajaran buat wanita di luar sana. Menakutkan walau sudah ada empat laporan polis dibuat namun dakwanya hingga kini dimaklumkan tiada tindakan lanjut di lakukan.

Disuruh Jual Maruah RM1000 Sejam Di Instagram

Untuk membuktikan dirinya  diperlakukan dengan teruk, wanita ini turut merakamkan bukti perbualan yang bahasanya terlampau kesat menghina dirinya dan keluarga hanya disebabkan masalah  hutang. Bahkan dirinya disuruh menjual maruah diri di instagramnya dengan bayaran RM1000 untuk sejam perkhidmatan.

Baca perkongsiannya yang disyer di media sosial empat hari lalu. Moga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kerana andai benar ugutan ini, ia bukan biasa-biasa.

Muka saya kena pijak bertubi-tubi, kena belasah sampai gila seminggu saya masih boleh simpan. Jangan berani kau pijak maruah keluarga dan keturunan aku Muhammad Azrul.

Maafkan kakak ya mama, ayah, tinggalkan keluarga sebab “CINTA”
Cukup lah dengan apa yang dah jadi. Almost 3 years saya hadap sendiri. Pahit pedih nya allah je tahu.

Mysha, Affan, mommy buat bukan sebab pentingkan diri sendiri. Mommy taknak korang pun kena apa yang mommy kena selama ni.

Wanita, jangan mudah percaya dengan janji dari mulut seorang lelaki. Sekali angkat tangan atau tinggi suara, i mohon tinggalkan lah. Fikirkan lah, lelaki yang malas kerja ke yang kau nak jadikan suami? Lelaki yang sanggup tolak tepi hal penting dari push ranked mobile legend tu ke yang kau sanggup rajakan?

Dua kali bersalin sorang diri, pantang sendiri, rambut gugur aku kena marah. Uri anak tak ditanam, simpan dalam peti berminggu minggu.

Ibu Anak Dua Berterusan Diugut Bekas Suami

Dah bercerai, phone dirampas, duit diambil. Bila mengadu dekat bekas ibu mertua “memang layak pun kau kena” + segala isi kandungan phone saya disebarkan.

Wajarkah kalau saya berdiam diri? Hutang pun dah selesai kan Azrul?

Saya takkan take down selagi awak tak minta maaf dekat keluarga saya atas apa yang awak dah buat atas diri saya dan hinaan yang awak berikan atas kami.

Ya betul, saya masih muda, banyak yang perlu saya belajar dan baiki. Tapi tak bermaksud dengan cara kekerasan untuk diajar. Terima kasih mama, abah, paman ajis selamatkan kakak.

Total 4 police report. Still nothing.

Hal ini mendapat perhatian dari bapa saudaranya yang ternyata marah dengan apa yang berlaku dan mencabar lelaki berkenaan untuk bertemunya.