Wanita dedah 17 petua hasilkan makanan sedap

Wanita dedah 17 petua hasilkan makanan sedap

 

Sebagai seorang yang suka memasak, terutama sekali para wanita pasti akan tercari-cari petua memasak yang boleh digunakan sebagai panduan.

Sekiranya menjadi, petua itu akan dikongsi kepada rakan taulan yang lain. Bak kata orang, benda baik patut dikongsi, kan?

Jadi artikel SK pada kali ini lebih kepada pengumpulan petua-petua masakan yang berguna untuk orang ramai. Petua ini dikongsi oleh Ayue Jalal, yang merupakan tukang masak berpengalaman.

Tips yang diberikan ini bukan sahaja untuk mereka yang mahir memasak, tetapi juga buat sesiapa yang sedang belajar untuk memasak.

Mari ketahui petua yang dikongsi oleh Ayue Jalal di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Tips my kitchen

1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam lima hingga 10 minit selepas itu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.

2. Nak elak ikan goreng melekat kat kuali: panaskan minyak goreng, letakkan dua atau tiga keping asam keping selepas itu baru goreng ikan seperti bos, tidak perlu pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.

3. Nak sambal merah sedap cantik: masak lada dengan jangka masa yang lama dan gunakan gula merah.

4. Nak buat rendang: gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

5. Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam: cara nak kurangkan rasa masin itu letaklah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya. Tak percaya cubalah.

6. Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk atau lembik: simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu.Nak masak baru basuh.

7. Daging nak cepat empuk: rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.

8. Cara rangupkankan timun untuk buat jelatah timun: potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas itu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berjam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.

9. Nak elak nasi cepat basi: Cuci beras bersih-bersih, masak nasi letak dua atau tiga cubit garam. Nasi boleh tahan lama. Satu lagi nak elak nasi mentah renjiskan air garam atas nasi tu, kacau nasi itu dan tutup sampai berwap.

10. Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar: rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

11. Nak kopek telur selepas direbus: lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu. Nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc,

12. Nak dapatkan ayam goreng yang sedap: tumbuk lumat dua hingga tiga ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit. Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap dan garing.

13. Nak merangupkan ayam goreng: Mesti goreng ayam dengan perahan sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.

14. Nak nasi lemak cepat masak: masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. Insya-Allah nasi lemak cepat dimasak.

15. Nak simpan tauhu supaya tahan lama: rendam tauhu dalam air panas sampai sudah sejuk, selepas itu baru boleh simpan dalam peti ais. Simpan berhari-hari masih elok lagi tauhu itu.

16. Kadang-kadang terletak banyak air sehingga sup menjadi cair: Nak pekatkan sup masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek. Sup lebih sedap atau pekat tau.

17. Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan, mata pisau blender akan kekal tajam. Tak perlu beli baru.

Perkongsian ini ditulis Ayue pada 2019 lalu, namun ia kekal dikongsi di media sosial sehingga ke hari ini hingga meraih lebih 41,000 perkongsian setakat ini.