Wanita dedah lelaki berstatus suami orang, minta upah seks sebagai ganjaran bantu cari rumah sewa

Wanita dedah lelaki berstatus suami orang, minta upah seks sebagai ganjaran bantu cari rumah sewa

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang lelaki yang memintanya untuk memberikan perkhidmatan seks sebagai ganjaran di atas pertolongannya.

Pengadu, Shimalaa Sanmuggam berkata, dia pada mulanya mahu mencari rumah sewa untuk diduduki di negeri Terengganu. Selepas dua minggu mencari dan hampir 40 buah rumah yang telah dihubungi, malangnya jawapan yang diterima amat mengecewakan.

“Hanya respon yang diterima saya adalah, “Maaf, tiada sewaan untuk bukan Muslim,” katanya.

Shimalaa kemudian cuba menghubungi seorang lelaki yang diperolehi melalui kumpulan Warga Setiu. Namun Shimalaa terkejut dengan layanan dan jawapan yang diberikan oleh lelaki yang sudah berkahwin itu.

Shimalaa turut berkongsikan gambar tangkap layar perbualannya dengan lelaki terbabit yang meminta Shimalaa melakukan hubungan seks dengannya sebagai upah sekiranya dia berjaya mendapatkan rumah sewa yang dicari.

“Jika ni semua soal tentang agama dan bangsa, di manakah soal kemanusiaan? Bagaimana seseorang itu begitu cepat membuat stereotaip tanpa bertemu dengan seseorang dalam kehidupan sebenar?

“Seorang perempuan, bersendirian tanpa keluarga dan rakan mencari bantuan tetapi terpaksa berdepan dengan sikap prejudis,” tulisnya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan dan memalukan. Netizen ini juga menggesa wanita berkenaan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.