Wanita dedah sebab pilih suami orang, lelaki bujang nampak kurang berilmu

Wanita dedah sebab pilih suami orang, lelaki bujang nampak kurang berilmu

 

Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mengaku dirinya lebih memilih suami orang berbanding lelaki bujang.

Wanita berikut merupakan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, Haryani Ithnen. Dalam wacana Sinar Harian bertajuk Poligami: 2, 3 dan 4 Bukan Perampas, wanita ini memberitahu beberapa sebab mengapa dia lebih memilih suami orang.

Lebih berilmu

@sinarharianonline

‘Istimewanya suami orang…’ #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia #SinarHarian

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Menurut Haryani, dirinya dikatakan lebih memilih suami orang kerana dikatakan suami orang lebih berpengalaman berbanding lelaki bujang.

Suami yang saya mahukan adalah suami yang berilmu, suami yang faham akan hukum hakam. Jadi lelaki bujang bukannya mereka tidak berilmu, okay je. Tetapi, approach mereka tidak cukup barangkali. Mereka tak cukup present diri mereka, nampak kurang berilmu.

Haryani juga memberitahu bahawa suami orang lebih istimewa kerana dirinya boleh diberi kebebasan sebagai isteri yang keempat.

Saya memilih suami orang bukan kerana suami orang itu, tetapi kerana saya tahu suami orang itu tidak akan balik rumah saya selalu.

Apabila diminta untuk mengupas mengenai isu perampas, wanita itu berkata bahawa perampas itu merupakan isteri pertama.

Yang merampas itu yang pertama, merampas rumah tangga kedua. Memaksa suami menceraikan yang pertama.