Wanita dirogol bergilir-gilir oleh 5 lelaki, polis cari Muhammad Nuraffiq untuk bantu siasatan

Wanita dirogol bergilir-gilir oleh 5 lelaki, polis cari Muhammad Nuraffiq untuk bantu siasatan

Kejam! Seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa rogol berkumpulan dekat sebuah rumah di Wangsa Maju pada 30 Ogos lepas.

Menurut Berita Harian, polis kini sedang mengesan lima lelaki termasuklah seorang abang ipar yang dikatakan terlibat dalam kes tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, antara saksi yang kini sedang dikesan pihak polis ialah seorang lelaki bernama Muhammad Nuraffiq Jaafar, 29, yang beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Nura31 1693484674

Kita sedang mengesan lelaki terbabit yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini.

“Justeru, kita minta mohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki ini untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Mangsa sedang tidur tersedar apabila mulut ditutup dengan suspek

Menurut fakta kes, kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi dan mangsa berusia 27 tahun sedang nyenyak tidur sebelum tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh seorang suspek.

Tangan mangsa kemudiannya telah diikat dan mulut mangsa pula diletakkan dengan pita pelekat sebelum dirogol bergilir-gilir. Perbuatan terkutuk itu juga katanya telah dirakam oleh suspek.

Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek telah melarikan diri. Mangsa mengalami cedera dan lebam pada tangan akibat kejadian itu, lapor sumber.

Whatsapp Image 2022 06 01 At 5.09.05 Pm E1654074602319.Jpeg

Tambah sumber lagi, sebelum kejadian, anak saudara mangsa ada terlihat empat lelaki pulang ke rumah bersama abang iparnya.

Difahamkan juga ketika kejadian berlaku, kakak mangsa tiada di rumah kerana keluar dari kediaman itu sejak beberapa minggu lalu akibat perselisihan faham dengan abang ipar mangsa.

Mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Polis sudah kenal pasti suspek

Dalam pada itu, pihak polis difahamkan sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu dan usaha mengesan kini sedang dijalankan.

Polis sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan pasukan forensik dan mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan,” kata Allaudeen.

Bagi mereka yang mempunyai maklumat, boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252.