Wanita Hindu ini kongsi 3 pengajaran dalam Islam yang diamalkan dalam hidup – “Tak salah kita amalkan”

Wanita Hindu ini kongsi 3 pengajaran dalam Islam yang diamalkan dalam hidup – “Tak salah kita amalkan”

Kepelbagaian kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan.

Tak pelik jika pada hari ini ada segelintir masyarakat yang tahu dan mengenal agama lain sebagai pelajaran dalam hidupnya.

Seorang wanita yang bukan beragama Islam berkongsi sebuah video mengenai tiga pengajaran dalam agama Islam yang sedang dia amalkan sehingga kini.

Menerusi video TikTok itu, wanita yang dikenali sebagai Pavidra menyatakan agama itu ilmu dan ilmu itu luas untuk dipelajari. Justeru, tidak salah jika kita amalkan apa yang baik.

@pavidraroganathan

Agama itu ilmu dan ilmu itu luas. Tak salahkan kita amalkan apa yang baik. #hindu#islam#christian#budhism#love#knowledge#ai#tiktok#sailajahempire#sailajahrangers#sailajah

♬ original sound – Pavidra – Pavidra

Menurut Pavidra, tiga pengajaran Islam yang diamalkan ialah:

1. Berdoa waktu hujan
2. Senyuman itu sedekah
3. Berkongsi rezeki

“Yang pertama berdoa waktu hujan, lagi-lagi kalau hari itu adalah hari Jumaat. Jadi, dari dulu sampai sekarang kalau hujan memang saya akan berdoa.

“Yang kedua adalah senyuman itu sedekah. Kita tak perlu memberi beratus-ratus, beribu-ribu kepada orang yang memerlukan. Kita bagi apa yang mampu sahaja, kadang-kadang senyuman kita tu boleh membuatkan orang lain bahagia.

“Jangan kedekut dengan ibu bapa dan adik-beradik. Berkongsi rezeki juga dengan rakan-rakan, kawan kerja sebab dalam rezeki kita ada rezeki mereka juga,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan perkongsian ilmu wanita ini.

Malah, netizen turut berkongsi beberapa amalan baik yang boleh diamalkan tidak kira agama dan bangsa.

Screenshot 2023 08 15 134001

Perkongsian video itu telah meraih lebih daripada 700K jumlah tontonan dalam masa sehari.

Dalam pada itu, Pavidra juga tidak menyangka video terbabit tular dan berterima kasih kepada netizen yang mendoakannya.