Wanita ini dedah kucing peliharaan kena ganggu dengan makhluk halus, ini sebenarnya yang berlaku

Wanita ini dedah kucing peliharaan kena ganggu dengan makhluk halus, ini sebenarnya yang berlaku

 

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok meelchaaa, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita berkongsi satu klip durasi pendek mengenai haiwan peliharaannya telah diganggu oleh makhluk halus ketika beliau tiada di rumah.

Beliau juga mengatakan ini adalah kali kedua kucingnya diganggu, serta sudah meminta kepada orang yang lebih pakar mengenai ini dan ‘memagar’ kawasan rumah beliau.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan ‘benda’ yang pertama akan kena dahulu adalah kucing.

Ada juga yang mengatakan ini adalah sihir, namun wanita ini juga telah mendedahkan satu mesej daripada salah seorang di akaun Instagramnya yang mengatakan itu bukan sihir tetapi ‘menumpang’ sahaja.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 134.3K penonton, 9871 sukaan dan 379 komen.

Lihat klip durasi pendek reaksi kucingnya ketika diganggu dengan makhluk halus:

 

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Shelikesmimi: Ya Allah lindungilah keluarga ini dri perkara2 yg x elok

@Kathy Samsudin : first time tgok kucing murung & trauma bila kena kacau benda halus. allahu. semoga cepat sembuh ya.

@Bah: Ya Allah kesiannya kucing sis tu ,dia nmpk benda tu semua tpi tkleh nak cakap, murung dah dia

@nurrul_: mak kucing mesti akan buat yg terbaik utk anak bulus dia, kita doa moga Allah permudahkan semuanya

@Pasta: kucing saya lately ni suka meow meow sendiri,itu memang petanda ka

@Rozlina811: Alhamdulillah lps dgar cerita sis, Semoga ank² terus sihat!

@user5867665010879: Yer gerak bende tu .. Ya allah kesian nye .. Semoga allah permudah segala urusan awk n anak2 awk yer aamiin..

@Cloverdelz : kucing betina ke kak? kucing betina mmg selalu kena kacau, kucing sy pun macam tu.

@yunizniz: semoga sis dan mulus2 sis sentiasa dalam lindunganNYA Aamiin..

@Thesyaffahh: kak sbji sma dgn kucing sya kak, Dia punya ngiau2 lain drpd yg lain, nak smggu kak dia mcm tu xleh tido

@Anyaw & adik2: Kesiannya Ya Allah lindungi keluarga ini, bulus2 comellll ini dr makhluk2 yg x diingini..semoga mereka baik2 shj dlm lindungan mu Ya Allah

@Sabrina Everlark: Buka ruqyah di youtube sis. Waktu buka ruqyah tu buka pintu tingkap. Mmg ada rumah yg mmg ada something, especially taman. Sama la mcm kes rumah sy ni