Wanita ini selamba tangkap ular sawa cuba telan kucing hanya dengan tangan kosong

Wanita ini selamba tangkap ular sawa cuba telan kucing hanya dengan tangan kosong

 

Tular di media sosial Indonesia aksi seorang wanita yang memberanikan diri menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan hanya tangan kosong.

Video rakaman itu telah dimuat naik oleh @memomedsos di akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan muat naik video tersebut, tanpa rasa takut wanita itu segera menarik seekor ular yang hampir melarikan diri ke dalam sebuah parit.

Ular itu dipercayai cuba melarikan diri selepas cubaannya untuk membaham seekor kucing di kawasan perumahan itu gagal.

“Ular sepanjang kira-kira tiga meter itu didapati berkeliaran di kawasan perumahan Bukit Beringin, Kecamatan Ngaliyan, Jawa Tengah, pada Selasa,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Tangkap ular sawa cuba baham kucing dengan tangan kosong

Kejadian bermula apabila ular itu cuba melarikan diri, tetapi wanita itu dengan pantas menarik ekor ular tersebut sebelum ianya masuk ke dalam parit.

Menerusi video itu lagi, dapat dilihat dua orang lelaki datang cuba membantu wanita tersebut. Namun ular itu melawan dan memalingkan kepalanya ke arah wanita berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu seperti tidak gentar dengan amaran ular tersebut lalu segera menangkap kepala ular itu dengan tangan kosong.

Muat naik perkongsian itu turut mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial. Mereka akhirnya telah meninggalkan komen mereka yang memuji aksi berani wanita tersebut.

Antara komen yang diberikan adalah:

“Abang-abang itu hanya kesana kesini, tidak membantu malah lari sana sini,” tulis seorang netizen.

“Kalau tak ada yang tolong, sekurang-kurangnya tolong wanita itu bawa dompetnya. Kesian dia kena gigit, padahal niat nak pergi kedai beli sayur,” tulis seorang lagi netizen bergurau.

“Hebat sungguh wanita ini. Sangat berani,” tulis seorang netizen yang memuji wanita itu.

Dalam kejadian berasingan, tular di media sosial Thailand selepas ular sawa seberat 23 kilogram ditemui tersekat di dalam lubang tandas di sebuah rumah di Samut Prakan.

Memetik The Thaiger, kehadiran ular sawa itu disedari pemilik rumah berkenaan selepas dia berasa pelik kerana jamban di rumahnya itu tidak boleh dipam.

Pada awalnya pemilik rumah berkenaan pelik sebelum akhirnya menyedari bahawa seekor ular sawa telah tersangkut dalam saluran paip tandas rumahnya.