Wanita ini teruja sangat malam pertama, rupanya suaminya bukan calang-calang lembut

Wanita ini teruja sangat malam pertama, rupanya suaminya bukan calang-calang lembut

 

Seorang wanita terpaksa menerima takdir selepas dijodohkan dengan lelaki berperwatakan lembut berikutan usianya sudah mencecah 30 tahun.

Tidak hanya memiliki wajah ‘jambu’ berkulit putih bersih, lelaki yang dipilih menjadi suaminya itu turut mempunyai sifat lembut yang tidak ubah seperti perempuan.

Namun, kehidupan wanita bernama Lily itu berubah sekelip mata selepas suami lembutnya menonton satu filem Hollywood yang disiarkan di kaca televisyen.

Berikut perkongsian Lily (bukan nama sebenar) mengenai kehidupan rumah tangganya bersama seorang pemuda yang berperwatakan lembut.

“Malam selepas nikah, aku pujuk diri dengan harapan bahawa sifat luaran suamiku mungkin tak sama dengan dalaman. Batinnya mungkin ‘lelaki’. Tetapi, sangkaan aku meleset bila dia ajak berbincang dalam bilik di ‘malam pertama’ kami. Dia minta masa kerana belum bersedia ‘bersama’ dengan alasan kami belum berkenalan. Kalau boleh, itu menjadi rahsia kami berdua.

“Aku yang mendengar cuma mengangguk tanda setuju. Lagipun aku rasa segan juga. Sebab dia lelaki bukan mahram pertama yang pernah berdua-duaan dengan aku dalam bilik. Aku katakan yang dia boleh sahaja nak tarik diri dan ceraikan aku bila-bila masa kalau rasakan aku ini beban pada dia. Tetapi suami kata yang dia tidak akan ceraikan aku melainkan diminta.

“Di situ aku dah rasa sedih. Sebab aku tak pernah bercinta. Akhirnya kahwin dengan lelaki lembut yang bukan ‘jantan’. Tetapi bila fikir semua itu Allah yang atur, aku istighfar banyak kali. Lagi pula siapalah aku nak minta lebih-lebih. Tak kahwin kang, orang sekeliling tak berhenti tanya bila nak kawin. Pasrah.

“Malam itu kami tidur di bilik yang sama. Tetapi bila dia dah tidur, aku pindah ke bawah. Atas lantai berkarpet sebab aku takut tersentuh dia. Aku takut dia akan marah. Sebelum tidur, aku menangis mengenangkan nasib aku nanti. Bagaimana agaknya hidup aku sebagai isteri yang tidak pernah ‘disentuh’? Malam itu sebab letih menangis, aku nyenyak tertidur.

“Tiba-tiba aku terjaga sebab merasa badanku seperti melayang-layang. Eh? Bila aku buka mata, suamiku, si lembut itu mengangkat aku naik ke katil! Ya Allah, kuatnya dia. Berat aku kira-kira 50kg masa itu. Rasa sedih malam tadi pun sedikit sebanyak hilang. Masa itulah aku yakin dia sebenarnya ‘jantan’ berperwatakan lembut!.

“Suami cakap, ‘jangan tidur bawah lagi. Abang yang akan tidur bawah kalau sayang rasa tak selesa”. Mak aii! Baru satu malam kahwin, dia dah panggil aku sayang. Dia pun bahasakan diri ‘abang’! Lagilah perasaan aku macam dibuai-buai. Terasa ada yang sayang. Esoknya aku jadi ceria kembali. Aku lupakan soal ‘kejantanan’ suami.

“Aku reda. Aku doa supaya cepat hubungan kami menjadi normal. Selepas kahwin, aku berpindah ke rumahnya. Apartment sederhana besar yang bagi aku cukup selesa. Cara dia menghias rumah juga menunjukkan betapa ‘kewanitaannya’ dirinya. Minggu pertama sebagai isteri, aku mula jalankan tanggungjawab.

“Aku berhenti bekerja memandangkan gajinya sudah cukup menyara kami. Jadi, akulah tukang masak dan tukang cuci dirumah itu. Waktu malam? Kami akan tidur bersama, di katil yang sama. Tapi cuma sekadar tidur. Ada masanya dia ‘terpeluk’ badan aku secara tak sengaja disebabkan badanku yang kecil. Mungkin dia ingatkan aku bantal peluk.

“Bila jadi macam itu, aku akan buat-buat tidur walaupun sebenarnya susah nak lelapkan mata. Rasa berdebar sahaja. Macam itu rupanya bila kena peluk suami. Bahagia betul rasanya walaupun tanpa sengaja. Bila dia tersedar, dia akan leraikan pelukan dan berpaling ke belakang. Sedih pula aku.

“Bila dia pergi kerja, aku dah mula pandai mesej dia tanya dekat mana. Dan dia pun dah pandai hantar report. Meeting. Jumpa kawan. Lepas itu tanya nak beli apa, nak masak apa. Aku jadi positif yang hubungan kami sememangnya OK saja. Walaupun belum tahap ‘suami isteri sebenar’.

“Dia pernah ajak keluar makan. Bila suami tengok gaya aku, dia suruh keluarkan barang mekap yang ada. Aku kata yang aku cuma ada gincu, celak dan bedak kompak sahaja. Lepas itu, dia bukak almari. Suami keluarkan beg mekap dia. Lengkap! Macam jurumekap artis pun ada. Suami kata dia pernah berjinak-jinak dalam dunia mekap.

“Dia kata, aku boleh sahaja nak pakai bila-bila masa. Masalahnya aku yang tak pandai nak mekap. Akhirnya dia yang mekapkan aku. Memang berubah terus muka aku. Dia kata aku sebenarnya cantik. Cuma nak kena touch-up sikit. Kembang jugalah aku kena puji suami sendiri.

“Masa keluar dengan dia, aku cuma mengikut sahaja. Aku pun tak tahu nak beli apa. Dia suruh aku pegang lengan dia. Terharu jugalah bila suami terserempak dengan kawan-kawan dan katakan bahawa aku ini isteri dia. Nampak juga yang dia bangga sebab dah kahwin.

“Dalam bulan pertama berkahwin, kami langgan Netflix sebab dia tak nak aku bosan duduk rumah. Maka bermulalah obsesi aku terhadap drama dan filem dari Korea. Setiap kali dia balik kerja, dia akan bertanya tentang drama yang aku layan. Di sinilah seronoknya ada suami lembut. Boleh jadi kawan.

“Aku akan beritahu A-Z kalau cerita itu best. Dia pula akan setia mendengar. Macam kawan perempuan kau bila dengar cerita Korea! Hah, macam itulah! Suami kata dia suka sangat dengan Lee seung-gi. Pelakon lelaki Korea yang bagi aku tidaklah kacak mana. Bila aku tanya pelakon perempuan Korea yang suami minat, dia kata tak minat perempuan. Terasa aku.

“Sampailah satu hari itu, hujung minggu. Dia ajak tengok cerita Hollywood kat Netflix. Awal-awal tengok OK lagi. Sampailah ada babak hubungan suami isteri. Aku ambil remote nak cepatkan sahaja. Tapi dia biarkan. Memang kekok sangatlah jadinya. Aku buat-buat masuk dapur nak minum. Siap buatkan dia air Milo panas lagi.

“Bila aku keluar bawa air. Dia boleh tanya aku, ‘bila kita nak buat macam itu?’. Rasa macam nak terlepas air yang aku bawa. Mujur boleh kawal lagi. ‘Macam itu’ yang dia maksudkan dah tentulah ‘adegan’ suami isteri tadi. Masa dia tanya, aku dah rasa panas sahaja muka ini, dah merah! Aku nak jawab apa. Aku pun angkat bahu sahajalah.

“Tetapi, bila dia asyik pandang sahaja muka, aku pun cakaplah, ‘kalau abang rasa tak selesa, tidak mengapa. Kita macam ini sahajalah. Sampai abang selesa’. Walaupun jauh di sudut hati aku memang nak dia jadi ‘lelaki’. Tapi aku dah ‘sayangkan’ hubungan kami yang sebegini. ‘Kite cuba malam ini!’, suami cakap. Hah?? Aku rasa tak tahu nak sorok mana muka aku.

“Malu betul aku rasa. Terus terang betul mamat lembut ini! Kalau ya pun, berkias-kiaslah sedikit. Satu kelebihan orang lembut ini, dia kurang rasa malu. Boleh juga dikatakan tiada malu. Suami akan luah ikut suka dia. Terlalu berterus terang. Kalau tak suka sesuatu pun suami akan beritahu direct!

“Dipendekkan cerita, kami pun berjaya menjadi suami isteri malam itu. Aku bersyukur sangat apabila suami aku si lembut dah jadi ‘lelaki’. Dia pun nampak gembira. Pada masa itu juga suami buka rahsia dia yang paling besar. Dia pernah berkahwin! Aku yang dengar rasa macam tak percaya. Dia kata isterinya dahulu minta cerai sebab tak ‘disentuh’ selepas tiga minggu nikah.

“Bekas isteri minta diceraikan. Dia turutkan. Suami kata, ‘mujur sekarang abang dapat isteri sabar macam sayang. Kalau boleh abang nak anak ramai’. Aku tanya dalam nada gurau, ‘kalau saya mandul? Tak mampu bagi abang anak, abang kawin lain ke?’. Tetapi dia jawab, ‘tak cuba tak tahu!’. Masa itu aku peluk dia kuat sambil nangis.

“Aku pun dah hilang malu. Bercampur baur perasaan aku. Nangis sebab gembira sudah sempurna menjadi ‘isteri’. Nangis sebab sedih. Takut kalau tak dapat bagi anak pada dia. Kawan ada cakap yang orang lembut ini memang sukakan anak. Sebab itu ramai orang lembut ambil anak angkat.

“Selepas malam itu, aku nampak perlahan-lahan dia berubah menjadi lebih kelelakian. Dia mula belajar bertukang. Warna-warna bajunya lebih gelap. Dia tidak lagi memakai baju v-neck. Keningnya juga mula lebat. Gaya berjalan juga nampak lebih mengengkang.

“Alhamdulillah, termakbul doa-doa aku. Siapa kata lelaki lembut tak boleh berubah? Mungkin nampak macam menipu diri dan hipokrit. Tapi itu semua pilihan. Suami aku memilih untuk mengikut fitrah asalnya. Bukan naluri kewanitaannya. Sebenarnya sekarang ini suami aku tengah masak dan mengemas kat dapur.

“Sebab aku langsung tak boleh bau dapur. Alahan yang melampau. Awal Januari tahun depan due date anak kami. Terima kasih kerana membaca luahan seorang wanita yang tengah bosan. Muntah dari pagi hingga ke malam. Mujur boleh buat luahan.” Kongsi Lily.