Wanita ini tunjuk cara baiki kipas, tukar kapasitor je terus kipas berpusing laju macam baru

Wanita ini tunjuk cara baiki kipas, tukar kapasitor je terus kipas berpusing laju macam baru

Boleh dikatakan setiap rumah tentu ada menggunakan kipas angin untuk memberi udara yang segar dan keselesaan kepada seisi keluarga, lebih-lebih akan kerap digunakan pada cuaca panas.

Bila sudah lama digunakan hingga bertahun-tahun, mulalah kipas tersebut menunjukkan pelbagai masalah. Paling biasa dihadapai adalah putaran kipas tidak laju dan ada juga sudah tidak boleh dipusingkan ke kiri mahu pun ke kanan.

Sekiranya anda terdetik untuk gantikan yang baharu, lebih baik anda lakukan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aisyyyelectronics untuk membaikinya terlebih dahulu. Memandangkan kos yang diperlukan untuk membaiki kipas yang tidak boleh berpusing sangatlah murah berbanding jika anda membeli yang baharu. Bahkan cara untuk membaikinya juga tidaklah sukar.

Baiki Kipas Angin

Jika kipas ditekan suiz namun tidak lagi berfungsi atau berfungsi dengan pelahan, mungkin masalah ini terjadi disebabkan kapasitor. Jadi kapasitor perlu ditukar.

Langkah 1 : Buka skrew dibahagian belakang kipas.

Langkah 2 : Setelah dibuka cover bahagian belakang kipas, keluarkan kapasitor dan lihat value yang ada pada kapasitor iaitu 1.5uF (micro-farad). Jadi potong terus capacitor lama dan kemudian solder dengan kapasitor baru dengan value yang sama.

Langkah 3 : Sambungan wayer perlu dililit dengan electrical tape untuk keselamatan.

Langkah 3 : Pasang semula cover yang ditanggalkan tadi dan skrew sempurna.

Langkah 4 : Siap. Kipas berfungsi dengan sempurna.

Untuk lebih jelas, boleh lihat video yang dikongsikan, di mana video ini telah pun ditonton 3.2M penonton. Semoga ianya juga memberi manfaat untuk anda semua.

@aiszzyelectronics

Kipas slow? Langsung tak gerak? Meh sis tolong ajar. Tukar capacitor gengg

♬ original sound – Aiszzy Electronics – Aiszzy Electronics