Wanita kongsi petua pelik siram pokok guna darah haid, dakwa mampu suburkan tanaman

Wanita kongsi petua pelik siram pokok guna darah haid, dakwa mampu suburkan tanaman

Seorang wanita berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi satu petua ganjil untuk menyuburkan tanaman.

Memuat naik perkongsiannya di laman TikTok, wanita itu mulanya menyembur semua tanaman di rumahnya dengan botol berisi cecair berwarna merah.

Wanita berkenaan kemudian mengejutkan penonton apabila mendedahkan bahawa cairan yang digunakan itu sebenarnya adalah darah haid.

Menjijikkan, wanita itu dengan penuh yakin mendakwa amalan itu berjaya membantu menyuburkan pokok yang hidup di kebunnya.

Hal ini kerana, darah haid mempunyai banyak kandungan nutrien seperti nitrogen dan kalium yang kononnya membantu tumbesaran pokok.

Turut mendakwa petua tersebut sebagai tradisi kuno, wanita berkenaan menyifatkan amalannya itu seperti membalas budi kepada tanah.

“Saya serahkan darah haid saya kembali pada tanah melalui tumbuhan ini sebagai satu tanda penghargaan dan terima kasih kepada bumi.

“Hal ini kerana, tanah secara harfiahnya memberi memberi tenaga (oksigen melalui pokok) di dalam kehidupan seharian kita,” kata Jessica memetik Daily Mail.

Mempunyai pengikut hampir mencecah 20,000 orang di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Jessica McKasson itu berasal dari Costa Rica.

Difahamkan, gadis yang berusia 37 tahun itu mula mengamalkan petua aneh tersebut semenjak mula mendalami ilmu kedukunan (shamanism).

Namun demikian, dakwaan Jessica mengenai khasiat darah haid pada tanah kemudian dipatahkan oleh kenyataan Saintis Tanah, Dr Oliver Knox.

Menurut Dr Oliver, darah haid mempunyai tahap kandungan sodium, kalsium dan juga zat besi yang berbeza daripada campuran baja.

Oleh kerana tahap kandungan zat (sodium, kalsium, zat besi) di dalam darah haid tidak boleh diubah, petua ini tidak terbukti berkesan untuk menyuburkan pokok.