Wanita lakukan provakasi, pecahkan logo balai bomba guna penukul direman 3 hari

Wanita lakukan provakasi, pecahkan logo balai bomba guna penukul direman 3 hari

Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan aksi aneh seorang wanita yang bertindak memecahkan papan tanda di sebuah balai bomba dengan menggunakan penukul.

Menurut laporan Utusan Malaysia, wanita berkenaan melakukan tindakan tersebut di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Pulau Pinang.

Difahamkan, dia memasuki perkarangan BBP tersebut sebelum memecahkan logo agensi itu yang diletakkan di bahagian dinding, kira-kira jam 12 malam tadi.

Video Player

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tiga hari sehingga esok.

”Laporan ini menyatakan pihak bomba telah menahan seorang wanita tempatan kerana telah memecahkan logo agensi tersebut di dalam kawasan balai bomba.

Suspek berumur 53 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau, hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek juga bebas sebarang jenis dadah,” katanya.

Dalam laporan yang sama, suspek disyaki mengalami masalah mental, dia telah dirujuk dan ditahan di Wad Psikiatrik Jalan Perak untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menularkan sebarang gambar dan rakaman video berkenaan kejadian tersebut untuk mengelakkan sebarang spekulasi.