Wanita luah rasa kecewa, buat homestay untuk tambah income, sekali mentua pula sedap minta nak duduk free

Wanita luah rasa kecewa, buat homestay untuk tambah income, sekali mentua pula sedap minta nak duduk free

 

Ukur baju di badan sendiri adalah satu peribahasa yang mengambarkan keadaan ekonomi dan perbelanjaan bulanan setiap individu.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mentuanya tanpa segan silu menginap di rumah inap yang dibeli untuk menjana pendapatan.

Taraf ekonomi antara dia dan suami adalah sangat berbeza, dia dibesarkan dengan pelan kewangan oleh ibu bapanya manakala cara keluarga suami adalah joli dulu, kemudian baru fikir.

“Mentaliti keluarga aku, macam mana nak tambah duit, jangan guna kalau tak ada 80 peratus pendapatan untuk simpanan.

“Mentaliti keluarga mentua, duit tak cukup, kurangkan semua benda sehingga keperluan asas, bila ada duit jatuh dari langit, belanja ikut kehendak, makan tak cukup boleh fikir nanti- nanti,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, keluar mentua juga sanggup melakukan apa sahaja untuk jimatkan duit mereka termasuklah duduk percuma di salah satu Airbnb wanita itu.

“Keluarga mentua dah cop untuk duduk di salah satu unit airbnb tu, dan kami benarkan, tanpa sesen pun mereka bayar.

“Bukan nak berkira tapi itu sumber pendapatan macam mana aku nak jalankan sebab itu hampir sebulan.

“Bulan tu aku pejamkan mata sahaja membayar installment bil api dan air management fee wifi. Nampak kedekutkan, macam itulah aku di mata mereka, amat kedekut,”

Tidak hanya itu si suami juga menjadi penyumbang ekonomi buat keluarga apabila mereka kehabisan duit.

Baru dua tahun pencen, duit Kumpulan Simpanan Wang Pekerja ayah mentua sudah digunakan lebih 80 peratus, bila tiada duit anak yang dicari.

“Tahun pertama pencen dihabiskan masa dan duit dengan makan angin, anaknya jadi generasi sandwich, tersepit di tengah antara keluarga sendiri dan ibu bapa.

“Kalau adik beradik aku sudah aku lempang seorang demi seorang suruh sedar yang kita ada 30 hari untuk hidup sebulan, tapi mereka berjoli seperti lima hari sekali dapat gaji.”

Wanita tersebut mengharapkan agar orang ramai mempunyai pelan kewangan supaya tidak terjejas dan membebankan diri sendiri dengan hutang.