Wanita meninggal dunia selepas makan hidangan ikan sardin
Wanita meninggal dunia selepas makan hidangan ikan sardin di restoran di Bordeaux, bersama 12 orang lain yang kebanyakannya adalah warga asing.
Pegawai kesihatan Perancis pada Rabu masih mengesahkan mangsa lain masih dirawat untuk Botulisme.
Botulisme ialah penyakit saraf serius yang biasanya disebabkan oleh makan makanan yang tidak diawet dengan sempurna.
Restoran di pusat bandar itu mengawet sardin itu sendiri, kata Direktorat Kesihatan Perancis (DGS) pada Selasa.
Di hospital Pellegrin, Bordeaux, Dr Benjamin Clouzeau berkata, wanita itu mendaftar masuk ke hospital berhampiran Paris selepas pulang dari restoran itu bersama pasangannya.
Mangsa meninggal dunia sejurus pulang ke rumah.
Pasangannya pula masih di rawat dalam unit rawatan rapi.
Seramai 12 orang masih menerima rawatan kecemasan pada Rabu, kata perkhidmatan kesihatan.
Lima daripada mereka terpaksa diberikan bantuan sokongan pernafasan.
Mangsa terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan Kanada.
Seorang warga Jerman sudah pulang ke negaranya untuk mendapat rawatan, begitu juga seorang penduduk Barcelona, Sepanyol, kata doktor itu.
Mereka makan di restoran Tchin Tchin Wine Bar antara 4 dan 10 September yang terkenal dengan wain dan makanan dalam kalangan pelancong di bandar barat daya Perancis,
Mereka memesan ikan sardin yang diawet sendiri oleh pemilik restoran itu, kata DGS.