Wanita ni pengsan masa beraya bila ditanya macam-macam soalan

Wanita ni pengsan masa beraya bila ditanya macam-macam soalan

 

Pastinya ramai pernah mengalami situasi disoal oleh ‘wartawan tak bertauliah’ ketika berkunjung ke rumah sanak saudara untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tidak kira orang bujang atau sudah berkahwin pastinya akan terkena tempias dengan soalan-soalan ini.

Tular video di sosial media mengenai seorang wanita di Indonesia yang dikatakan pengsan selepas disoal oleh saudara-mara ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Wanita yang dikenali sebagai Dian itu pada mulanya hanya duduk bermain telefon pintar.

Situasi menjadi semakin tegang apabila dia diajukan soalan orang di sekeliling hingga menyebabkan dia kelihatan gelisah dan tertekan.

“Mak cik masa sebaya kamu, sudah ada anak, rumah sendiri, kereta sendiri,” ujar seorang wanita.

“Ya, takkanlah kamu tak ada rasa malu,” kata seorang lelaki yang duduk berhampiran dengannya.

Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan, Dian dilihat pengsan di atas sofa hingga menyebabkan tukang rakam dan ahli keluarganya menjadi cemas.

Video tersebut tular dan mendapat perhatian netizen di Indonesia yang tidak setuju dengan soalan tidak sensitif tersebut.

“Mungkin itu hanyalah content tetapi tak perlulah bertanya dan membandingkan dengan masa lalu ibu bapanya,” kata pengguna media sosial.

“Setiap anak memiliki keadaan yang berbeza-beza,” komen salah seorang pengguna media sosial.