Wanita peluk Islam terus berhijab lepas diajar Ebit Liew ucap syahadah

Wanita peluk Islam terus berhijab lepas diajar Ebit Liew ucap syahadah

 

Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew meluahkan rasa syukur apabila dia mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Paweena di hadapannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah yang berusia 39 tahun itu di laman Instagramnya, difahamkan Paweena telah berhubung dengan Ebit Lew di Facebook untuk bertanya soalan mengenai Islam dengan lebih mendalam.

Sebaik sahaja selesai mengucap dua kalimah syahadah, dia kemudiannya membawa Paweena mendaftarkan statusnya sebagai agama Islam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

@ustazebitlew

Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

♬ original sound – Ebit Lew – Ebit Lew

“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah.

“Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini.

“Dia berhubung melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya.

Netizen sebak

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat video pendakwah terbabit yang telah berjaya menarik seseorang untuk memeluk agama islam.

Harap ada yang bantu untuk membimbing dia

Dalam pada itu, netizen berharap akan ada individu lain yang akan membantu membimbing Paweena untuk terus mengajar dan mengenal agama Islam dengan lebih mendalam.