Wanita rakam tangan merayap di celah ‘seat’, lelaki ligat meraba dalam bas diberi amaran

Wanita rakam tangan merayap di celah ‘seat’, lelaki ligat meraba dalam bas diberi amaran

 

“Jangan lalai sangat, manusia macam-macam perangai sekarang,” demikianlah nasihat diberikan seorang wanita di media sosial  selepas menaiki sebuah bas.

Tidak disangka-sangka, dia berdepan dengan situasi yang begitu mencemaskan sebaik duduk ditempatnya gara-gara sifat tidak bertanggungjawab oleh seorang penumpang lelaki.

Tangan merayap di celah seat

Wanita terbabit rupanya menerima gangguan daripada penumpang lelaki yang berada di tempat duduk dibelakangnya.

Menerusi video dikongsikan, jelas kelihatan tangan lelaki tersebut merayap ke celah tempat duduknya.

Pada awal kejadian, dia hanya meletakkan tangannya namun berakhir pula dengan tangan lelaki itu semakin mencuba mendekatinya.

Sebaik melihat tangan lelaki itu yang cuba mengambil kesempatan keatas dirinya, wanita tersebut terus mengelak dan terus mengambil telefon untuk merakam kejadian tersebut dengan bukti yang jelas.

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

@sha.aaz

Peringatan untuk kaum hawa! #fyp#kasiviral

♬ bunyi asal – 🅿 🆄 🆃 🅴 🆁 🆈 🎀 – 🅿 🆄 🆃 🅴 🆁 🆈 🎀

Pemandu bas beri amaran 

Susulan kejadian yang menimpanya, dia melalui video dikongsikan itu juga meluahkan rasa berang dengan sikap manusia seperti lelaki itu.

Menurutnya lagi, dia tidak berdiam diri selepas diganggu lelaki terbabit yang mana dia bertindak melaporkan pelaku itu kepada pemandu bas yang setelah itu dimarahi dan diberikan peringatan.

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

“Jerit je! Jerit kuat-kuat! Dia akan malu”

Warganet mencadangkan agar wanita terbabit menjerit sekuatnya atau menggunakan pin tudung untuk mengenakan semula pelaku itu yang mana ternyata ada segelintir penumpang wanita lain sebenarnya pernah menghadapi situasi diganggu oleh penumpang lelaki dalam bas.

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran