Wanita tampil mohon maaf, fitnah Shakilla Khoriri berzina dengan suami orang

Wanita tampil mohon maaf, fitnah Shakilla Khoriri berzina dengan suami orang

 

Pelakon wanita, Shakilla Khoriri telah berkongsi satu video permohonan maaf yang dibuat oleh seorang penguna Instagram selepas membuat hantaran komen berbentuk fitnah kepada selebriti berkenaan.

Mohon maaf secara terbuka

Menerusi video tersebut, wanita yang berasal dari Terengganu itu membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menuduh Shakilla berzina dengan suami orang di ruangan komen.

Shakilla Khoriri terpaksa upload video wanita itu

Ujar pelakon itu, dia juga meminta maaf kerana terpaksa melakukan tindakan tersebut sebagai satu bentuk pengajaran kepada orang diluar sana supaya tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berbentuk fitnah kepada orang lain.

Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut turut mempunyai seorang suami serta anak-anak menerusi gambar yang dikongsikan di media sosial tetapi sanggup melemparkan kata-kata tidak baik kepada orang lain yang langsung tidak ada kena mengena dengannya.

shakilla khoriri

Tinggal komen tuduh Shakilla Khoriri ‘main’ suami orang

Difahamkan, wanita tersebut telah meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa pelakon tersebut berwajah cantik namun ‘main’ suami orang dan mendapat beberapa tanda suka daripada netizen.

shakilla khoriri

Jelasnya lagi, dia pun sudah terlupa dimana dia meninggalkan komen tersebut mungkin kejadian itu sudah lama.

Dalam pada itu, Shakilla memaklumkan yang kenyataan wanita terbabit bukan ditemui sendiri tetapi pihak peguam yang membuat tangkapan layar berkenaan komen tersebut.

shakilla khoriri

Terdahulu, pemilik nama sebenar, Nurul Shakilla Mohd Khoririitu telah difitnah menjalinkan hubungan dengan suami orang sehingga pelbagai kata-kata negatif dilemparkan keatasnya.

Susulan daripada hal tersebut, pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu meminta agar penfitnah berdepan dengannya dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat dengan niat menjatuhkan maruahnya.