Wanita terkejut terima mesej puji payudara ketika di bazar Ramadan, netizen pertikai suruh labuhkan tudung

Wanita terkejut terima mesej puji payudara ketika di bazar Ramadan, netizen pertikai suruh labuhkan tudung

 

Seorang wanita bertudung meluahkan rasa bengang apabila kesucian bulan Ramadan telah dicemari oleh seorang lelaki yang tanpa malu menghantar mesej berbaur lucah.

Tengok te*** orang

Menerusi hantaran di Twitter, mangsa menyatakan dia telah menerima gangguan seksual ketika berkunjung ke bazar Ramadan pada Jumaat lalu. Dedahnya, lelaki itu berani mati merakam tiga keping foto tubuhnya lalu dihantar terus di peti mesej.

Berdasarkan mesej tersebut, lelaki terbabit dilihat berkelakuan lucah apabila memuji bentuk payudaranya.

Dah terlepas dari ikatan

Susulan pendedahan itu, wanita tersebut turut menerima komen daripada segelintir warganet yang menegur dirinya untuk mengenakan tudung labuh.

Tegasnya, pengunjung ‘normal’ yang hadir ke bazar adalah untuk mencari juadah berbuka, bukannya menjadi ‘pervert.’

Meskipun menerima pelbagai respon, wanita terbabit menegaskan dia tidak akan memadam ciapan itu bagi memberi pengajaran kepada golongan cetek otak.