Wanita terkejut tiba-tiba ‘mat hitam’ lompat atas kereta, rupa-rupanya scammer

Wanita terkejut tiba-tiba ‘mat hitam’ lompat atas kereta, rupa-rupanya scammer

 

Siapa sahaja tidak terkejut jika ada individu tak dikenali melompat atas kenderaan yang sedang bergerak.

Rupanya individu berkulit hitam itu cuba mencetuskan kemalangan supaya mangsa membayar pampasan kepadanya.

Menurut Kosmo, wanita tersebut memuat naik hantaran di Instagram mengenai kejadian yang berlaku di bulatan Kampung Pandan pada petang semalam.

“Pada mulanya saya memandu perlahan kerana sedang melihat aplikasi Waze, tiba di bulatan, lelaki ini tahan kereta dan mahu saya melanggar dia.

“Masa saya rakam video ini, sudah seminit juga dia tahan kenderaan saya.

“Saya undurkan kenderaan, tetapi dia kejar saya dan mula panjat kereta saya. Kereta banyak lalu-lalang tapi tiada siapa yang berhenti untuk membantu,” tulisnya.

Wanita tersebut kemudian dibantu oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal dan telah melihat kejadian itu dari awal.

Menerusi rakaman itu, dilihat lelaki terbabit cuba melawan, tetapi akhirnya berjaya diarahkan untuk turun dari kenderaan wanita berkenaan.

“Laporan polis sudah dibuat kerana bimbang jika ada yang mendakwa saya telah melanggar individu tersebut,” katanya.

Malah taktik sebegini sering terjadidi luar negara, buat ereka yang ada dash cam maka senanglah untuk mendakwa individu-individu ini.