Wany Hasrita selamat bersalin baby girl

Wany Hasrita selamat bersalin baby girl

 

Penyanyi Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 7.14 malam Sabtu.

Puteri sulung

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Assalamualaikum. Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.

Terima kasih pada semua yang mendoakan kami.

Dalam masa sama, pelantun lagu Menahan Rindu itu berdoa agar bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak.

Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak. Ibu love you.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kalangan selebriti dan peminat menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa untuk Wany dan bayinya.

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.