Waran tangkap pengurus Petronas Sudan, pegawai PTD ini jelaskan apa yang sebenarnya berlaku
Kerajaan Sudan sekarang ni naik dengan menggulingkan Omar al-Bashir pada April 2019 menerusi kudeta.
Al-Bashir memerintah Sudan dari 1989-2019. Kerajaan baharu mendakwa al-Bashir banyak melakukan penyelewengan, maka menubuhkan Committee to Dismantle the June 30, 1989 Regime and Retrieve Public Funds (June 30 1989 merujuk kepada tarikh al-Bashir mula berkuasa) untuk siasat deals pada zaman al-Bashir dan rampas harta yang berkaitan.
Petronas masuk Sudan tahun 1997. Zaman al-Bashir. Sebab tu kena.
Bukan Malaysia je kena. China punya projek pun kena usik.
Tak ada kaitan sangat pun dengan Israel. Tak payah lah semua nak dikaitkan dengan Israel.
In fact, kerajaan Sudan Baharu (yang actually didirikan oleh orang rejim lama juga) ni baik dengan Saudi dan UAE. Antara punca kejatuhan al-Bashir adalah tindakannya pergi rapat-rapat dengan Turki, membelakangi Saudi-UAE yang merupakan traditional allies Sudan.
Malah baru-baru ni pun Sudan mencapai deal kerjasama minyak dengan Saudi Aramco.
So antara cara nak selesai adalah bagi indirect pressure menerusi Saudi-UAE.
Tapi aku bukan pensyarah kanan, bukan KSUS, bukan SUSK, bukan penasihat. So cadangan aku ni korang baca untuk hiburan saja lah.
Sumber – FB