Warga asing ini buat pendedahan mengejut tentang Malaysia, “Kemudahan pejalan kaki sukar, sampah banyak”
Terkenal sebagai negara makmur yang berbilang kaum, Malaysia sering dipilih sebagai destinasi percutian oleh pelancong asing.
Negara ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat beribadat, hutan, pulau dan sebagainya.
Namun begitu, kekurangan yang sering dipandang enteng oleh pihak berwajib telah mencacatkan pandangan orang luar terhadap negara kita.
Sebelum pulang ke negaranya, seorang pelancong asing berkongsi pandangannya tentang kemudahan pejalan kaki di Malaysia.
Menurutnya, sangat sukar buat pejalan kaki untuk mengunjungi destinasi yang diingini kerana kemudahan disediakan sangatlah terhad.
“Satu-satunya perkara yang saya rasa sukar di KL (Kuala Lumpur) ialah ia tidak mudah untuk dilalui. Bagi warga asing, berjalan kaki bukanlah pilihan tepat.
“Jadi, anda akan berjalan selama seminit dan tiba-tiba, tiada jalan. Anda perlu mendapatkan Grab,” kata warganegara United Kingdom itu.
Ujar Ben, servis e-hailing juga sangat teruk di mana pelanggan perlu menunggu sehingga 30 minit untuk kenderaan sampai.
Pandangan itu dikongsi oleh seorang pencipta kandungan Youtube yang menemuramah pelancong tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam pada itu, pelancong lain turut berkongsi komen mengenai sampah yang berselerak di sekitar tempat beribadat seperti di Batu Caves.
Diharapkan pihak berwajib mengambil tindakan bagi menambah baik kemudahan di Malaysia untuk membantu sektor perlancongan.