Warga emas mati tembak diri sendiri, rupanya kantoi cabul kanak-kanak, siap tawar duit untuk tutup kes

Warga emas mati tembak diri sendiri, rupanya kantoi cabul kanak-kanak, siap tawar duit untuk tutup kes

 

Seorang lelaki berusia 66 tahun maut selepas dia menembak diri sendiri dengan senjata api pada Ahad.

Insiden itu berlaku di sebuah rumah di Nong Prue, Bang Lamung, Chon Buri, Thailand.

Menurut polis, pemilik bengkel logam yang dikenali sebagai Preecha itu ditemukan dalam keadaan terlentang dengan berlumuran darah.

Sepucuk senapang turut dijumpai di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, seorang wanita dikenali sebagai Ann, 29, berkata dia bertengkar dengan Preecha sebelum kejadian berkenaan.

Ann mendawa Preecha telah mencabul anaknya yang berusia 10 tahun sebanyak empat kali antara 19 April dan 18 Mei lalu.

Preecha hadir ke kediaman Ann untuk memintanya menarik laporan polis yang dibuat ke atas dirinya.

“Dia (Preecha) bertanya kepada saya berapa banyak wang yang saya mahu untuk menggugurkan kes itu tetapi saya enggan.

“Saya memberitahunya dia perlu menghadapi akibat daripada tindakannya itu,” ujar Ann mengimbas pertemuannya dengan Preecha.

Dalam pertemuan itu, Preecha mengugut untuk membunuh dirinya.