Warga pendidik mula lancarkan protes terhadap larangan berleter oleh KPM
Kelmarin dunia pendidikan dikejutkan dengan tertularnya satu memo senarai kesalahan guru yang boleh diambil tindakan oleh Unit Disiplin KPM.
Antara yang menjadi pertikaian ramai termasuklah kesalahan berleter terhadap muridnya. Rata-rata guru sudah mula mengeluh dengan perlaksanaan larangan tersebut.
Respon ibu-bapa terhadap isu tersebut jelas mereka juga turut menyanggah tegahan berleter terhadap anak-anak mereka. Mereka masih menganggap setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak wajar mendapar teguran dan leteran daripada guru-guru mereka.
Namun hari ini tular pula video kreatid dihasilkan seorang guru berkaitan isu yang sedang panas itu.
Menurut guru tersebut, meskipun disekat dari berleter, para guru masih ada ruang untuk berleter dengan murid-muridnya dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Salah satu daripadanya ialah dengan berleter menggunakan bahasa isyarat.
Perkongsiannya menerusi video menggunakan pelantar applikasi Tik Tok itu memberi tunjuk ajar kepada para guru teknik berleter yang dijamin tidak akan dikenakan tindakan disiplin oleh KPM.
Malah tindakannya berleter menggunakan bahasa isyarat itu menjadi tular dan mengundang ketawa netizen. Rata-rata netizen yang menghantar komen mengharapkan KPM akan buka mata dengan sindiran yang dilakukan guru tersebut.