Wargamaya berang kerajaan masih guna sistem kuno serah bantuan wang banjir
2.1.22
Dunia IT dalam sistem perbankan memang memudahkan dan mempercepatkan urusan. Namun, pihak Kerajaan masih berada di takuk lama, menempurungkan kehidupan mereka yang masih meraba-raba dalam dunia berteknologi tinggi ini.
Data mangsa banjir semua ada dalam sistem JKM dan JPKK. Apa kejadahnya kena beratur dalam musim hujan menunggu gelombang kedua, ketiga, keempat untuk dapatkan bantuan tunai banjir.
Gunakanlah data berkenaan terutamanya nombor telefon untuk berhubung dengan mangsa-mangsa banjir dan dapatkan nombor akaun bank mereka. Kurang dari 5 minit terus bantuan tunai dipindahkan ke akaun mereka.
Tak perlu lah beratur panjang-panjang menghadap birokrasi/redtape. Macamlah Bandaraya ini baru pertama kali ditimpa bencana banjir. Kan?
Dungu ke Tunggul?
Gentelegend berliant: Kata ramai Penasihat 🙄.
Ikhlas
Punaisihat PM 10 (Kontrak)
Memangku N15 P83
Part time Nasi Ayam Sumatra
Sumber – FB