Warganet dedahkan Pas pernah jadikan Bak Kut Teh sebagai tarikan undi di PRK Port Dickson

Polemik ‘Bak Kut Teh’ yang ditimbulkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selepas cadangan menjadikannya sebagai makanan warisan negara oleh Ahli Parlimen PH Tebrau akhirnya memakan diri.
Ia selepas warganet mengulang ciap berita yang dipetik daripada portal parti Pas, komponen PN sewaktu Lajnah Perpaduan Nasional parti tersebut memperkenalkan ‘Bak Kut Teh’ kepada pengundi ketika kempen Pilihanraya Kecil Port Dickson 2018 dahulu.
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat perkenal BAK KUT TEH HALAL sempena Pilihan Raya Kecil https://t.co/AuRkfdFF9W
— PAS Pusat (@PASPusat) October 8, 2018
Pendedahan mengejutkan ini sekaligus menimbulkan persoalan kenapa Pas seolah-olah cuba berpura-pura tidak mengetahui langsung penerimaan makanan tradisi kaum Cina yang berasaskan rusuk daging babi itu di kalangan rakyat Malaysia.
Menurut pengerusinya, Najihatussolehah, ‘Bak Kut Teh’ yang disediakan salah seorang ahlinya, Farah Foo Wai Yee itu telah diolah semula menggunakan sumber halal bagi menepati citarasa penganut agama Islam.
Menurutnya, Farah, seorang muallaf berbangsa Cina mewarisi resepi rahsia (ramuan herba) daripada mendiang ayahnya yang merupakan seorang peniaga Bak Kut Teh di bandar Ipoh.
Malah Najihah mendakwa di Singapura juga terdapat sebuah restoran Bak Kut Teh Halal yang menyediakan menu ini untuk dinikmati oleh orang-orang Islam di sana.
Semalam, Dewan Rakyat menjadi kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen PN bangun membantah cadangan menjadikan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan negara.
Selain MP Langkawi, turut membantah ialah bekas Menteri Wilayah yang baru menyertai Pas, Annuar Musa menerusi hantaran di FB miliknya.