Warganet terkejut beruk tengok peniaga jual cempedak seulas RM2

Warganet terkejut beruk tengok peniaga jual cempedak seulas RM2

 

Entah apa yang menyebabkan makan bergoreng dijual pada harga tinggi, adakah sebab minyak, tepung atau buah itu sendiri.

Namun harga mahal boleh diterima jika ia setanding dengan kualiti tapi kalau makanan pun tak gah mana maka jangan marah kalau terima kecaman.

Menerusi hantaran di Facebook Negeri Sembilan Kini, tular gambar sebuah gerai yang menjual cempedak goreng dengan harga RM2 seulas dan RM10 bagi lima ulas.

Terlihat saiz cempedak goreng juga agak kecil untuk dijual pada harga yang ditawarkan.

Rata-rata warganet terkedu melihat harga tersebut malah ada juga yang melawak mengenai isu.

“Nasib baik lah dekat kebun memang ada tanam pokok cempedak dan menjadi. Tak perlu beli cempedak mahal ni,” komen Sarip dol.

“Eh, kenapa murah sangat ni. Lambat lah peniaga dan pergi haji, kalau jual murah macam tu,” seloroh Shamsudin Azmi.

“Harga kayangan, ‘tauke’ mesti pakai Vellfire, sebab tu harga sampai macam ni,” komen Hisham.