Warganet yakin beg tangan isteri kepada MB Kelantan barang ‘fake’, bukannya ‘ori’

Warganet yakin beg tangan isteri kepada MB Kelantan barang ‘fake’, bukannya ‘ori’

Anak kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menafikan ibu mereka, Datin Siti Zabidah Ab. Hamid memiliki beg tangan bernilai puluhan ribu ringgit seperti didakwa sesetengah pihak.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, anak beliau yang dikenali sebagai Azma Ahmad memaklumkan bahawa beg tangan tersebut adalah hadiah pemberiannya bersama adik-beradik yang lain sewaktu hari keluarga tahun ini.

“Beg itu sebenarnya hadiah daripada kami anak-anak kepada umi sempena Family Day 2022. Tiada modal (isu) sungguh nak buat fitnah.

“Umi kata kalau beg RM26,000 baik beli emas,” tulisnya di laman Facebook semalam, seperti dilapor Kosmo.

Terdahulu tular di laman sosial beg tangan yang dipakai Siti Zabidah dikatakan berharga lebih RM26,000 sewaktu beliau menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum ini.

Sementara itu, Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, beg tangan yang digunakan Siti Zabidah sekitar RM300 bukannya mewah sehingga berharga RM26,000 seperti didakwa.

Jelas kenyataan itu, penyebaran gambar tersebut hanyalah cubaan fitnah untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan ‘character assasination’ yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan Kerajaan Negeri,” ujarnya. –