Warisan bersedia lebarkan sayapnya ke semenanjung

Warisan bersedia lebarkan sayapnya ke semenanjung

Parti Warisan Sabah mengumumkan yang mereka berhasrat untuk mengembangkan sayap ke Semenanjung dan bekerjasama dengan Muda jika parti yang belum didaftarkan itu berhadapan dengan isu pendaftaran.

Mwmetik laporan portal Sinar Harian, presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Warisan akan kekal sebagai parti pelbagai kaum dan yakin mendapat sambutan di Semenanjung kelak.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Concorde yang dihoskan oleh Penasihat Editorial The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai secara maya pada Rabu.

Ia turut dihadiri oleh pengarang-pengarang kanan media Malaysia dan juga bekas-bekas pengarang kanan.