“Was-was jangan pergi makan lah” – Pempengaruh Cina ini pertahan DFC belum dapat sijil halal
Satu produk makanan segera tempatan baru-baru ini menjadi perhatian umum kerana kontroversi komen ‘type C’ dan baru-baru ini, DarSA Fried Chicken ada tampil mengakui bahawa restorannya itu masih belum mendapat sijil halal.
Perkara itu diakui dalam satu kenyataan permohonan maaf daripada pihak restoran itu kepada umum berhubung dengan kontroversi itu.
Berikutan dengan isu tersebut, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Ceddy tampil memberikan keterangan bahawa ianya bukanlah satu isu yang patut diperbesarkan kerana restoran tersebut baru sahaja menjalankan operasi mereka.
Jelasnya, niatnya untuk tampil memberikan keterangan itu bukanlah untuk mempertahankan restoran itu dan sempat berseloroh bahawa dirinya sendiri juga seorang type C.
“Of course lah dia tidak diiktiraf dia baru je buka. Bukan I nak backup diaorang, I backup I dapat apa, I kan type C, tapi kalau kalau korang ikutkan halal.gov.my, dia ada requirement kalau sembang bab permohonan sahaja, kedai itu kena beroperasi dengan sepenuhnya.”
Tegasnya lagi, ada sebab kenapa perlu memohon sijil halal selepas beroperasi sepenuhnya, ia kerana pihak JAKIM perlu memantau premis dari semua aspek. Tegasnya lagi, untuk mendapatkan sijil halal, bukanlah daripada aspek ramuan makanan sahaja.
“Dia kena tengok dia punya premis, bangiunan tu everything has to ikut the guideline, bukan senang nak dapat sijil halal dan perniagaan kena beroperasi sekurang-kurangnya alam 3 bulan.”
Oleh itu, Ceddy menasihati kepada orang yang perbesarkan isu ini agar tidak tidak makan jika rasa was-was.
@ceddyornot Darsa tidak diiktiraf halal? Of course! Baru je buka macam mana nak dapat sijil halal?
♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan