Watie ada ciri-ciri mirip Siti Sarah, Shuib rancang bawa hubungan ke fasa lebih serius

Ada pengganti baru tidak bermakna lupakan yang lama. Itu satu kata paling sesuai untuk menggambarkan Shuib Sepahtu selepas dia akui sedang mengenali hati budi seorang wanita bernama Watie Hanifiah. Meskipun masih belum dipastikan sejauh manakah hubungan mereka sudah terjalin, jawapannya kini semakin kelihatan.
Bila keluar bersama, masih ada yang pertikaikan
Dalam perkongsian terbaru, duda terhangat Malaysia ini tidak berselindung lagi mengenai kedekatan mereka berdua. Tambah lagi jika cuba disembunyikan sekali pun, ia tetap menimbulkan rasa kurang senang orang luar.
Menghadiri konsert Lah Ahmad di saat-saat akhir, itulah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak.
Hari-hari Watie uruskan kakaknya yang OKU
Dalam pada itu, artis ini turut menyenangi sikap penyayang Watie selain dilihat mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Apalagi setelah menyaksikan bagaimana wanita itu sabar menjaga seorang kakak OKU, ia seakan menyentuh sanubari Shuib.
Jahatlah saya kalau tak hargai orang itu
Walaupun ada yang mengecam sampai ke tahap tak restu hubungan pasangan ini, sudah pasti kehadiran Watie ada hikmah tersendiri dan sebab-sebabnya.
InsyaAllah bila ada ada tarikh, saya pasti akan umum
Sudah ada hasrat melangkah ke fasa seterusnya, pastinya hal utama yang difikirkan adalah tentang anak-anak yang semakin membesar. Keluarga sudah pun memberikan lampu hijau, jadi duda 4 anak ini berharap netizen akan doakan yang baik-baik.