Watie gembira akhirnya dapat tidur berdua dengan Shuib, selama ni 3 anak nak berhimpit atas katil sama!

Watie gembira akhirnya dapat tidur berdua dengan Shuib, selama ni 3 anak nak berhimpit atas katil sama!

 

Keluarga penyiar radio dan juga pelawak terkenal, Shuib Sepahtu kerap menjadi sorotan ramai lebih-lebih lagi sejak dia bernikah semula dengan usahawan, Watie Hanifiah pada Jun lalu.

Kali ini, dia bersama isteri telah membawa anak-anak bercuti ke Sabah dan masing-masing tidak lokek berkongsi momen bahagia mereka melakukan aktiviti air di sana.

Dapat pun tidur dengan suami sekatil

Namun, perkongsian terbaru Watie telah mendapat perhatian apabila berseloroh dengan menyatakan rasa gembira apabila akhirnya dia dan Shuib dapat tidur setilam berdua sahaja.

 

Suka tidur berhimpit lima orang

Mana tidaknya, menerusi hantaran di Insta Story Watie, dia memaklumkan yang anak-anak suaminya akan tidur berhimpit-himpit dengan mereka dan pernah satu tilam sehingga lima orang.

Tambahnya lagi, walaupun ketika percutian ini dia dan Shuib dapat tidur berdua, namun tilam yang menempatkan anak-anak tetap tidak berjauhan daripada mereka.

 

Difahamkan, Shuib dan keluarga sedang berada di Sabah bersama isteri dan anak-anak menikmati percutian. Pelbagai aktiviti dilakukan mereka dikongsi isteri di Instagram termasuklah pergi memancing bersama.

Ujar Watie, walaupun keluar memancing, suaminya tetap meminta untuk dirinya terlihat cantik dengan mengenakan sedikit solekan di wajah.

Untuk rekod, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sebelum ini, penyiar radio Suria FM itu pernah bernikah dengan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Namun, siapa sangka, allahyarham telahpun dijemput Ilahi pada Ogos 2021 disebabkan wabak Covid-19 selepas beberapa hari melahirkan anak keempat mereka.