Watie Hanifiah dedah terpaksa padam gambar seksi di Instagram, rupanya ini puncanya

Watie Hanifiah dedah terpaksa padam gambar seksi di Instagram, rupanya ini puncanya

 

Semakin mendekati tarikh bahagia, bakal isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sentiasa menjadi tumpuan warga maya.

Baru-baru ini, satu hantaran foto yang dibuat Watie menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila kapsyen yang ditulis wanita itu terlihat lucu dan mencuit hati.

Kata Watie, dia terpaksa memadam foto-foto lama kerana ‘dimarahi’ Shuib, mungkin kerana seksi.

Satu bulan lagi. Masih caption yang sama. Gambar je kita kasi tukar, sebab ada yang marah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Watie agar sentiasa menjaga penampilan diri apatah lagi bakal bergelar isteri orang.

Ujar netizen lagi, Watie perlu menjadi contoh dan ‘role model’ kepada anak-anak Shuib.

Terdahulu, Watie dan Shuib telah selamat disatukan sebagai tunang dalam sebuah majlis tertutup pada 6 Mei lalu.

Mereka berdua dijangka akan melaksanakan majlis pernikahan pada bulan Jun ini.