Wawa Zainal hadiahkan rumah, sebak berjaya pujuk ibu bapa tinggal di Semenanjung

Wawa Zainal hadiahkan rumah, sebak berjaya pujuk ibu bapa tinggal di Semenanjung

 

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan kesyukuran dan gembira apabila ibu dan bapanya akhirnya membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung setelah bertahun memujuk mereka.

Wawa hadiahkan rumah

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkongsi kegembiraan menerusi platform media sosial dengan menghadiahkan sebuah rumah ‘kecil penuh keberkatan’ buat ibu dan bapanya.

Dalam video berkenaan, aktres berusia 32 tahun juga mengubahsuai rumah yang dibeli yang tiada apa-apa kepada sebuah kediaman mewah.

“Akhirnya mak bapak setuju duduk Semenanjung. Ni la hadiah kecil kami buat mamak dan bapak,”tulis Wawa.
@wawazainal92

Akhirnya mak bapak setuju duduk semenanjung . Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak & bapak❤️

♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Izinkan aku menumpang kasih orang tuamu- Aeril Zafrel

Suami Wawa yang juga seorang pelakon, Aeril Zafrel turut berkongsi kegembiraan di media sosial apabila ibu dan bapa mentuanya setuju untuk tinggal berhampiran dengan mereka. Dalam pada itu, Aeril meluahkan rasa sebak melihat kebahagiaan isterinya bersama orang tuanya.

“Sayangku Wawa, izinkan aku menumpang kasih orang tua mu… Al-fatihah buat ayah ibuku,”tulisnya.

Tambah Aeril, mereka berdua bersyukur dan gembira apabila berhasil memujuk orang tua Wawa, lantas membeli rumah.

“Bila mereka setuju, terus kami belikan rumah untuk mereka. Mula-mula nak beli dua tingkat, tapi fikir-fikir sebab faktor usia dan hanya duduk berdua, kami carikan rumah setingkat.

Akui Aeril, pada mulanya dia dan Wawa risau membeli apabila melihat keadaan yang agak lama.

Bagaimnaapun, setelah memikirkan kelebihan berada dekat dengan rumah mereka, Aeril dan Wawa tekad membeli dan mengubai suai bagi keselesaan orang tua.

Alhamdulillah, gembira tengok Wawa dapat bahagiakan mak ayah…

Rata-rata warganet tumpang bahagia dan sebak apabila melihat kesungguhan Wawa membahagiakan orang tuanya walaupun pada awal perkahwinannya bersama Aeril penuh dengan ombak duri.