WhatsApp kini boleh buka di banyak telefon dengan guna satu nombor, ini caranya

WhatsApp kini boleh buka di banyak telefon dengan guna satu nombor, ini caranya

 

Setelah beberapa minggu diperkenal untuk versi beta, WhatsApp kini mengumumkan keupayaan untuk menggunakan akaun yang sama pada berbilang telefon.

Telah mula dilepaskan kepada pengguna versi stabil secara berperingkat, ciri ini membolehkan pengguna memautkan akaun WhatsApp kepada sehingga empat peranti tambahan.

Dengan itu, pengguna kini boleh bertukar antara telefon tanpa perlu mendaftar keluar dan meneruskan perbualan di mana-mana telefon yang dipautkan, walaupun peranti utama tidak diaktifkan.

Bagaimanapun, perlu diketahui jika peranti utama tidak aktif untuk tempoh yang lama, WhatsApp akan melakukan log keluar secara automatik daripada semua peranti tambahan.

Sebagai tambahan, setiap telefon yang dipautkan kepada peranti utama juga mempunyai ciri penyulitan hujung ke hujung. Ianya turut tersedia untuk akaun WhatsApp Business.

Seperti dinyatakan sebelum ini, tidak perlu risau jika belum menerima kemas kini tersebut. Ianya dilepaskan secara berperingkat untuk pengguna global.

Selain itu, dalam beberapa minggu lagi, WhatsApp dijangka akan memperkenal cara alternatif untuk memautkan ke peranti tambahan, iaitu dengan memasukkan nombor telefon dan menerima kod pengesahan untuk mengaktifkannya, tanpa perlu mengimbas kod QR.