Whatsapp ‘warning’ servis terhenti buat beberapa model telefon bermula 1 Jan depan
JIKA korang pengguna WhatsApp, kena hadam amaran yang dikeluarkan ini.
Pengguna WhatsApp pada telefon iPhone dan Android mestilah mengemaskini telefon mereka kepada iOS 9 atau Android 4.0.3 jika ingin terus menggunakan khidmat aplikasi itu untuk tahun 2021.
Mirror.co.uk melaporkan memetik Birmingham Live, perkhidmatan pesanan popular akan berhenti berfungsi pada model lama tertentu melainkan mereka menaik taraf sistem operasi terbaru telefon mereka.
Diingatkan,pengguna beberapa model iPhone dan Android perlu mengambil langkah untuk memastikan mereka dapat menghantar mesej ‘Selamat Tahun Baru’ setelah tengah malam menjelang tahun baru.
Jika tidak, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada beberapa telefon mulai 1 Januari ini.
Menurutnya, aplikasi messenger tidak lagi akan disokong oleh model telefon pintar tertentu yang tidak menjalankan sistem operasi iOS 9 atau Android 4.0.3, mulai Januari 2021.
Ini terutamanya merangkumi iPhone 4 dan semua model sebelumnya.
Sekiranya korang mempunyai iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5S, iPhone 5C, iPhone 6, dan iPhone 6S, yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan WhatsApp ialah mengemas kini perisian anda ke iOS 9.
Sekiranya korang mempunyai salah satu telefon bimbit yang terjejas dan tidak mahu kehilangan ‘chat’, korang dinasihatkan untuk ‘back up’ mesej WhatsApp agar tidak hilang.
Untuk berbuat demikian, buka ‘chat’ yang ingin korang simpan dan klik pada ‘Group Info’.
Kemudian klik ‘Export Chat’ dan korang akan diberi pilihan untuk memuat turun ‘chat’ dengan media.
Apa yang menarik perhatian sesetengah individu, WhatsApp kini turut memperkenalkan pilihan ‘disappearing messages’ yang akan memadam ‘chat’ dari telefon pengirim dan penerima selepas tujuh hari.
Aplikasi milik Facebook, yang mempunyai dua bilion pengguna di seluruh dunia, mengatakan bahawa pengaturan itu akan membantu menjaga ‘chat’ secara peribadi.
Sementara itu, dalam sebuah blog, syarikat itu mengatakan bahawa ‘chat’ boleh ditetapkan untuk tempoh tamat setelah tujuh hari bagi menawarkan ‘ketenangan hati’ ‘chat’ tidak kekal, sementara tetap praktikal untuk simpan ‘chat’ yang dikehendaki.