Yang baru je bergelar mak ayah, ini 10 pesanan untuk anda

Yang baru je bergelar mak ayah, ini 10 pesanan untuk anda

 

1. Jangan terlampau keras lebih lebih lagi pada anak perempuan. Anak perempuan kalah dengan emosi dan kelembutan

2. Jangan terlampau mengalah lagi lagi pada anak lelaki. Anak lelaki perlukan disiplin dan ketegasan untuk jadi lelaki yang pandai menaungi dan melindungi

3. Jika tiba tarikh Birthday anak-anak, jangan lupa untuk raikan juga wanita yang melahirkan mereka dengan penuh kesakitan dan pengorbanan

4. Tolong jangan biasakan lidah anak dengan makanan manis dan jajan lagi lagi untuk anak di bawah umur 3 tahun

5. Utamakan emosi isteri yang sedang berpantang dibandingkan petua petua yang kadangkala boleh membuatkan tekanan pada isteri kita

6. Jangan terlampau fokus pada anak hingga terlupa untuk isi tangki emosi seorang suami lagi lagi di tahun pertama kelahiran anak

7. Belajar untuk lihat kecantikan isteri dari sudut pengorbanan dan kesetiaan dia pula kerana fizikal seorang isteri boleh berubah mendadak selepas melahirkan anak

8. Berikan semangat pada pasangan yang ditimpa ujian perniagaan, kewangan dan ekonomi kerana ianya boleh menjadi pembakar semangat buat para suami untuk kembali gigih menafkahi

9. Biasakan anak mendengar ayat ayat Al Quran sejak daripada di alam rahim lagi kerana pendengaran merupakan pancaindera pertama yang aktif pada seorang anak

10. Usahakan sehabis mungkin untuk kurangkan tekanan pada isteri yang sedang berpantang kerana di saat itu dia cenderung untuk terkena “Baby Blues” dan “Postpartum Depression”

DR TAUFIQ RAZIF
Pakar Parenting