“Yang di Mekah pun ada DM nak kenal” – Nadia Brian dakwa terima mesej ustaz nak berkenalan gara-gara syarat mencari bakal calon suami

“Yang di Mekah pun ada DM nak kenal” – Nadia Brian dakwa terima mesej ustaz nak berkenalan gara-gara syarat mencari bakal calon suami

 

Sebelum ini, pelakon Nadia Brian berkata dia mahu mencari lelaki yang memiliki tinggi ilmu agama sebagai calon suami.

Memetik Kosmo, Nadia mendedahkan ada menerima mesej peribadi di Instagram daripada individu yang mahu berkenalan termasuk ‘ustaz’ yang berminat selepas dia mengeluarkan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Nadia berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan mesej diterimanya itu serta menganggap ianya hanya gurauan sahaja.

“Ramai sebenarnya yang mesej saya melalui Instagram dan ada juga ustaz yang katanya berada di Mekah turut berminat dengan kenyataan saya.

“Bagaimanapun saya tahu semua orang hanya main-main sahaja untuk konten di TikTok ataupun platform sosial media yang lain, jadi saya anggap mereka hanya bergurau dengan saya,” katanya.

Sebelum ini, Nadia berkata sebagai wanita sudah tentu dia mahukan pasangan yang boleh membimbingnya ke arah lebih baik serta bersusah senang bersama.

“Saya disua soalan tentang ciri bakal suami yang dicari, jadi saya beri kenyataan inginkan lelaki beragama, tetapi mungkin dalam penulisan, ada penambahan perkataan sehingga mengundang kecaman ramai.

“Sebagai wanita, mestilah kita inginkan lelaki yang mampu membimbing selain boleh mengharungi susah senang bersama. Namun saya akui, untuk berubah sebenarnya bergantung pada diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Nadia berharap orang ramai mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya dan dia juga kini sedang mendalami ilmu agama namun lebih selesa jika tidak berkongsikan perkara itu kepada orang ramai.