“Yang penting restu orang keliling, bukan majlis yang mewah”, jawapan Mimi Lana bila ditanya tentang impian prnikahannya bersama Shafiq Kyle

“Yang penting restu orang keliling, bukan majlis yang mewah”, jawapan Mimi Lana bila ditanya tentang impian prnikahannya bersama Shafiq Kyle

Aktres semakin menempa nama, Mimi Lana tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran sebaliknya merancang acara mahu disatukan dengan aktor Syafiq Kyle dalam suasana sederhana.

Memetik perkongsian daripada portal MStar, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkata, apa lebih penting adalah perancangan mendirikan rumah tangga mendapat restu daripada orang sekelilingnya.

“Segala yang terlihat berlangsung adalah diluar jangkaan saya. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua di sekeliling merestui dengan mudah.

Mimi dan Syafiq selamat mengikat tali pertunangan.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas doa-doa yang baik daripada kalian. 90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus yang datang daripada saya,” – Mimi Lana

Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Pelakon filem Pusaka ini berkata, sepanjang proses melangkah ke alam perkahwinan semua urusan dipermudahkan sehingga tiada satu perasaan tidak baik terdetik di dalam hatinya.

Pada Sabtu, Mimi memuat naik sebuah foto yang menunjukkan jari manisnya disarungkan cincin dengan kapsyen ‘One step closer’.

Aktres berkenaan seperti memberi gambaran sudah mengikat tali pertunangan dengan Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama, namun hubungan mereka kembali bertaut selepas dilihat berkongsi gambar di media sosial.