‘Yang selamatkan saya adalah ibu mentua, dia yang keluarkan saya dari rumah’ – Puteri Sarah

‘Yang selamatkan saya adalah ibu mentua, dia yang keluarkan saya dari rumah’ – Puteri Sarah

 

Setelah hampir sebulan menunggu untuk segala kemelut rumah tangganya selesai, akhirnya tarikh 7 Mac harini tiba jua.

Sekitar jam 9 pagi, pengarah terkenal Syamsul Yusof dan juga rombongan peguamnya tiba terlebih dahulu sebelum disusuli Puteri Sarah kira-kira 40 minit kemudian.

Syamsul geleng ketika ditanya soal kekerasan

Kurang sejam berada dalam dewan bicara Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, akhirnya pasangan suami isteri tersebut keluar juga.

Namun ketika wartawan mengasak untuk memberikan kenyataan, Syamsul malah lebih memilih untuk kunci mulut.

Ketika disoal tentang adanya isu kekerasan dalam rumah tangga, artis lelaki tersebut sempat menggelengkan kepala.

 

Suami tetap enggan lafaz talak

Namun Puteri Sarah dan juga peguam sempat menjelaskan apa yang berlaku sebentar tadi. Difahamkan, si suami enggan melafazkan talak ke atas pelakon wanita tersebut hari ini.

Susulan itu, pasangan berkenaan telah diperintahkan supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk proses selanjutnya.

Meskipun itu, pihak mereka juga telah kemukakan beberapa fakta lain di hadapan hakim.

Bila orang kata saya nak buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau laporan polis

Cukup mengejutkan apabila Puteri Sarah mendedahkan sebelum ini pernah dikasari oleh pengarah berkenaan pada tahun 2020 sehingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Malah ketika itu, ibu mentualah yang bantu menyelamatkan dengan keluarkan Sarah dari rumah.

Fakta berkenaan akhirnya dibongkar selepas Syamsul ada menuduh isterinya tersebut bertindak keluar dari rumah (nusyuz).

Namun ketika itu, mengenangkan hubungan baik dengan keluarga mentua membuatkan aktres berkenaan kembali ke rumah.