‘YB menangis’ sedih digelar ‘setan’

‘YB menangis’ sedih digelar ‘setan’

Adun lompat, Hasnul Zulkarnain hari ini meluahkan rasa sedih selepaa dilabel setan oleh seorang pemimpin utama PH di Perak.

Luahan sedih beliau yang lebih dikenali dengan gelaran ‘YB menangis’ itu dibuatnya melalui satu hantaran di laman FB miliknya.

“Dr Mujahid Yusof Rawa .. Tak perlulah melabel Ahli-Ahli Amanah yg membantu saya kerana ‘terpengaruh bisikan syaitan…”

Saya masih menghormati Dr Mujahid dan tidak sesekali merendah2 kan maruah Dr sebagai bekas Menteri dan MP Parit Buntar di khalayak ramai.

Kita hanya berbeza wadah. Tetapi menyamakan orang yg berkhidmat utk masyarakat bersama-sama dgn saya” akibat terpengaruh bisikan syaitan”…itu sudah melampau.

Kita berlawan di atas gelanggang politik. Dimana sikap RAHMAH yang dilaung2kan Dr sehingga tergamak menggunakan nama syaitan yg dikenali makhluk yang dilaknat Allah. Adakah ahli Amanah yang membantu saya (buat kerja-kerja kebajikan) tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah..?

Sepatutnya Doctor yang perlu beristgifar banyak2. Jangan “terpengaruh bisikan jahat” dengan melabel ahli “terpengaruh bisikan syaitan” hanya kerana berbeza pendekatan dan pandangan politik..

#negaraRahmah
#KhidmatKpdRakyat

Hasnul sebelum ini tular menangis teresak-esak sewaktu mengemaskan barang-barang pejabatnya selepas kejatuhan kerajaan PH angkara ‘Langkah Sheriton’ 2 tahun lepas.

Dia kemudiannya mengumumkan keluar PH dan menjadi Adun bebas bersama 2 lagi Adun Dap tidak lama selepas kejatuhan kerajaan PH di Perak.

Namun dia memilih menyertai Bersatu tidak lama selepas itu, namun dipecat parti pimpinan Muhyiddin itu gara-gara bertindak khianat mengundi menjatuhkan Peja sewaktu undian percaya di dalam sidang DUN Perak.