Yusof Haslam & Patimah teman Puteri Sarah di ABPBH35

Yusof Haslam & Patimah teman Puteri Sarah di ABPBH35

 

Sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35, pelakon, Puteri Sarah Liyana dilihat berjalan di karpet merah bersama bekas ibu dan ayah mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Tersenyum gembira

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Puteri Sarah kelihatan tersenyum sebaik sahaja tiba di perkarangan Istana Budaya. Lebih mencuri tumpuan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut diapit oleh bekas mentuanya sendiri ketika menaiki tangga.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkata Sarah semakin berseri-seri. Tambah netizen, mereka gembira melihat keakraban yang terjalin di antara Sarah dengan bekas mentuanya.

Sekadar info, Sarah tercalon dalam kategori Aktres TV Popular untuk ABPBH35 kali ini.